Rabu, 26 Oktober 2022

KOLESTROL PUNCA SAKIT BATU HEMPEDU | Kedai Online Organik

 KOLESTEROL PUNCA SAKIT BATU HEMPEDU


BATU HEMPEDU SEBAB KOLESTROL TINGGI


Makanan berkolesterol tinggi termasuk nasi kandar, nasi lemak dan roti canai menjadi antara punca utama penyakit batu karang hempedu dalam kalangan golongan dewasa di Malaysia.


Kajian mendapati golongan berusia 60 tahun ke atas kerap mengalami penyakit itu.


Bagaimanapun, proses pembentukan batu itu sudah bermula sejak individu berusia 40-an, namun ramai tidak menyedarinya kerana tidak bergejala.


Kira-kira 16% pesakit dalam kalangan wanita dewasa dan lima peratus lelaki dewasa menderita penyakit itu.


Penyakit batu karang hempedu lazimnya berlaku akibat proses ketepuan kolesterol.


Kolesterol tepu menyebabkan pembentukan kristal kolesterol dan mengambil masa bertahun untuk terbentuk sebagai batu.


Batu terbentuk apabila berlaku ketidakseimbangan komponen dalam hempedu yang terdiri daripada kolesterol, garam hempedu dan phospholipid.


Jika antara tiga komponen itu tidak seimbang akan menyebabkan kolesterol menjadi tepu dan membentuk batu di dalam pundi hempedu.


SYMPTOM BATU HEMPEDU


Pundi hempedu mengecut dan cuba mengeluarkan batu dari pundi boleh menyebabkan salur pundi hempedu tersumbat.


Apabila tersumbat mengakibatkan kesakitan kerana berlaku pengumpulan hempedu di pundinya, pengecutan otot licin dan rangsangan gentian saraf pada dinding pundi hempedu.

Pundi hempedu akan mengecut setiap kali proses makan berlaku terutama membabitkan makanan berlemak. Lemak itu pula akan menyebabkan tindak balas hormon Cholecystokinin.


Apabila makanan berada dalam perut dan usus, hormon ini akan terangsang dan menyebabkan tindak balas pada pundi hempedu dan mengakibatkan pundi hempedu mengecut.


Proses ini berlaku kerana fungsi hempedu untuk membantu mencernakan lemak dan dalam keadaan biasa, hempedu akan disimpan di dalam pundi hempedu kerana pundi tempat simpanan hempedu.


PUNCA BATU HEMPEDU


Banyak makan berlemak menyebabkan pundi hempedu menjadi semakin aktif dan berlaku pengecutan dan mengakibatkan batu hempedu cuba keluar daripada pundi.


Makanan berlemak adalah pencetus yang boleh menyebabkan berlaku simptom penyakit batu karang hempedu.


Apabila makanan berlemak dan seterusnya kolesterol berlebihan itu tidak boleh diproses oleh hati, ia akan menyebabkan mendapan kolesterol tepu seterusnya menjadi batu.


Jika batu itu menyebabkan salur pundi hempedu tersumbat, individu akan mengalami kesakitan teruk, selain menggalakkan bakteria hingga menyebabkan radang dan nanah dalam pundi.


Sakit selepas makan bermula daripada bahagian ulu hati di bawah dada dan berpindah ke rusuk kanan, kadang kala menjalar ke bahagian belakang badan.


Ada kes batu terjatuh ke dalam saluran hempedu utama selepas melepasi salur pundi hempedu dan batu akan tersumbat di saluran itu sebelum masuk ke dalam usus dan keluar menerusi najis.


Jika berlaku individu akan sakit kerana proses batu itu keluar secara perlahan dan mungkin mengakibatkan jaundis.


Jika individu itu merasa sakit secara tiba-tiba di ulu hati dan rusuk sebelah kanan secara berterusan selama 30 minit sebaik makan, diikuti muntah dan loya, ia adalah antara simptom penyakit batu karang hempedu.


LAKUKAN PEMERIKSAAN LANJUT


Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan termasuk ujian sinar-x untuk pengesahan diikuti ujian darah untuk melihat fungsi hati, selain ultrasound bagi melihat batu di dalam pundi hempedu.


Apabila disahkan simptomatik, individu perlu dapatkan rawatan segera untuk diberi memberikan ubat penahan sakit dan antibiotik jika demam.


Jika sudah hilang sakit selepas makan ubat, ia masih mempunyai risiko sehingga 50% untuk sakit semula bila-bila masa. Justeru, perlu berjaga-jaga elak sakit berulang dan mungkin menjadi lebih teruk.


PEMBEDAHAN LAPAROSKOPI


Jika sakit semula, mereka terus menjalani segera pembedahan membuang pundi hempedu dalam tempoh 72 jam atau ketika masih sakit walaupun selepas diberi ubat penahan sakit.


Pembedahan laparoskopi akan dibuat bagi membuang pundi hempedu dan batu di dalam pundi itu.


Antara kesan dialami selepas pundi hempedu dibuang termasuk hempedu menjadi lambat memproses lemak berbanding ketika ada.


Jadi sistem pencernaan lemak menjadi semakin menurun, selain menyebabkan lemak berada lebih lama di dalam usus.


Keadaan ini menyebabkan badan berangin atau sebu, selain najis bertukar warna dan berminyak kerana lemak tidak dicerna bersama najis.


Selesai pembedahan mereka perlu amalkan pemakanan sihat dan kurangkan makanan kolesterol tinggi.


Pesakit juga berisiko sakit semula jika tidak menjaga pemakanan.


Jika sebelum ini batu wujud di pundi hempedu, namun selepas pundi dibuang, batu masih boleh terbentuk di saluran hempedu utama dan menyebabkan sakit semula.


"Batu di saluran hempedu utama perlu dikeluarkan dengan kaedah Endoscopic RetrogradeCholangiopancreatography (ERCP) bagi membersihkan batu dan mengeluarkan atau menjatuhkan ke dalam usus supaya keluar menerusi najis.


Batu tersumbat di saluran hempedu utama boleh menyebabkan demam kuning dan tekanan darah menjadi rendah.


Penyakit itu juga boleh menyebabkan kanser pundi hempedu walaupun risiko kira-kira dua hingga empat kali ganda berbanding individu normal.


WANITA BERISIKO TIGA KALI GANDA


Kanser pundi hempedu boleh berlaku bukan disebabkan batu hempedu tetapi kerana keradangan yang disebabkan oleh kewujudan batu itu sejak bertahun-tahun lamanya.


Ia menyebabkan dinding mukosa pundi berlaku perubahan atau tidak lagi normal seterusnya berubah menjadi kanser.


Kebanyakan kes kanser dikesan pada tahap tiga atau empat dan tiada rawatan pembedahan boleh dibuat.


Bagi kes ini, saluran hempedu yang baru perlu dibuat berhampiran kawasan hati dengan menyambungkan saluran hepatik ke usus kecil pesakit.


Tahap kesihatan pesakit merosot teruk, malah prognosis atau tempoh jangka hayat dalam tempoh enam bulan sahaja kerana kanser sudah merebak.


Kira-kira 20% berlaku disebabkan faktor genetik, dengan wanita lebih berisiko tiga kali ganda mendapat penyakit batu karang hempedu disebabkan hormon estrogen.


Malah wanita mengandung lebih berisiko kerana ketika hamil, hempedu menjadi kurang aktif dan kurang mengecut menyebabkan hempedu yang berada dalam pundi mudah mendap.


SIMPTOM PENYAKIT BATU KARANG HEMPEDU


• Pedih ulu hati, sakit rusuk belah kanan, loya, muntah, berpeluh-peluh dan demam.

• Tempoh pembedahan laparoskopi – 1 jam - 1 jam 30 minit.

• 10 - 15 peratus populasi dewasa hidap penyakit batu karang hempedu.


Sumber : Berita Harian


#HealthDrZubaidi

Beli produk produk penjagaan kesihatan Olive House di website rasmi kedai Online Organik https://wasep.me/koo

Untuk pertanyaan lanjut /pembelian secara COD produk-produk Olive House di kawasan tangkak, boleh hubungi saya ismail salim https://wa.me/message/UKJKQL5AD2GEI1

View our Whatsapp catalog https://wa.me/c/60198268055

#supplements #healthy lifestyle #olive house #organic food #sihatdancantik #kurus sihat #quranicfood #mudahnyaaafiyat #AllahJagaKita #kitajagakita #healthyfood #blackseedoil #kedaionlineorganik #Aafiyatlifestyle #OliveHouseSelatan #highnutrition #weightloss #naturalbeauty #mediterraneandiet

Sumber:Olive House Medic&Business

Khasiat Olivie Plus 30X- Minyak Zaitun Morocco Berkualiti Tinggi

 Apakah khasiatnya Olivie30x?*

Khasiat Olivie Plus 30X

Khasiat Olivie Plus 30X






2 komponen utama Olivie30x iaitu Hydroxytyrosol dan Polyphenols. 2 kandungan ini yang membezakan Olivie30x berbanding Minyak Zaitun Extra Virgin yang lain.

Hydroxytyrosol adalah 'superstar' dikalangan *antioksidan* . Yang paling
hebat
pernah ditemui sehingga kini. Nilai ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity - kebolehan menyerap sel rosak radikal bebas) dicatatkan setinggi 68,576 yang mana adalah 15x ganda tinggi dari TEH HIJAU dan 3x ganda tinggi dari CoQ10.
Apa istimewanya Hydroxytyrosol (HT) ini?
Hydroxytyrosol hanya terdapat/dijumpai di dalam pohon Zaitun - buah, daun dan ranting.
Selama berabad Minyak Zaitun dikenali atas kemampuannya dalam menangani pelbagai masalah kesihatan. Dunia mengakui diet Mediterranean yang kaya Minyak Zaitun sangat baik dalam merendahkan kadar masalah berkaitan kardiovaskukar dan kanser.
HT juga dikenalpasti satu-satunya yang mampu menembusi 'blood-brain barrier '. Yang mana membenarkan penyerapan radikal bebas melalui 'central nervous system '.
HT merupakan metabolit dopamine neurotransmitter. Bermakna ia memainkan peranan penting dalam melindungi bahagian neuro. Bahasa mudah melindungi OTAK. ( DrRizal Abu Bakar yang paling tepat untuk menjelaskan dengan lebih baik).
.
.
Antara kajian saintifik kesan Hydroxytyrosol & Polyphenols terhadap kesihatan.
==================
Napoli, 180 orang menderita daripada penyakit 'metabolic disorder' telah diprogramkan untuk mengamalkan diet Mediterranean yang kaya Minyak Zaitun.
Setelah 2 tahun, lebih 66% daripada 180 pesakit tersebut telah menunjukkan kesan yang sangat positif semakin pulih dari masalah yang dihadapi.
Peningkatan dari aspek fungsi 'endothelial' yang merangkumi:
👍 Tekanan darah
👍 Kolestrol
👍 Insulin dan glukos
👍 Penagregatan platlet
👍 Penurunan penyebab keradangan
==================
38 pesakit dengan simdrom hyperlipidemia.
35 dilihat bacaan LDL menurun dengan rawatan 6mg Hydroxytyrosol sehari selama 6bulan.
6mg Hydroxytyrosol bersamaan 2-3sudu makan Minyak Zaitun
==================
EFSA (European Food Safety Authority) mengesyorkan pengambilan 5mg Polyphenols/20gm Minyak Zaitun.
👉 Polyphenols (Hydroxytyrosol, Tyrosol) di dalam Minyak Zaitun melindungi lipid darah (kolestrol) terhadap tekanan oksidasi = Tindakan Antioksidan ini bermanfaat untuk melindungi dari serangan masalah jantung.
Olivie30x mengandungi 60mg Polyphenols/20gm Minyak Zaitun. 12X GANDA LEBIH POLYPHENOLS DARI NILAI MINIMUN YANG DISYORKAN EFSA!
==================
Kajian ini berdasarkan Minyak Zaitun yang tidak ditapis. Minyak Zaitun yang telah ditapis kehilangan 30% Polyphenols. Penapisan mengurangkan khasiat yang sepatutnya ada dalam Minyak Zaitun.
Olivie Plus 30x - extra virgin olive oil unfiltered (tidak bertapis) Rm 119.90
Untuk pertanyaan /pembelian Olivie Plus 30x yang terbukti secara saintifik mempunyai kandungan nutrisi 30 kali ganda minyak zaitun biasa di pasaran
Beli di website rasmi kedai Online Organik https://wasep.me/koo

MASALAH PENYAKIT SACROILIAC

 

Bagaimanakah amalan Produk Olive House untuk masalah Sacroiliac Arthritis.

JAWAPAN DR HAFIZAH:

Sacroiliac Arthritis adalah sejenis arthritis juga. Jadi, samalah pengamalan untuk penyakit Osteoarthritis. Amalkan MZ setiap hari bermula dos kecil dan dinaikkan sedikit demi sedikit. Jika boleh, sila berhenti ambil drugs(painkiller).

JAWAPAN DR SALMAN:

Sacroiliac Arthritis berpunca dari radang di bahagian ruas tulang belakang disebabkan oleh tekanan yang berpanjangan di kawasan tersebut ataupun masalah auto-immune iaitu sistem pertahanan badan yang menyerang sendi-sendi. Kaedah rawatan bagi masalah yang melibatkan tulang belakang ialah kiropraktik diikuti dengan MZ bagi mengurangkan radang di kawasan sendi yang terlibat.

Untuk pertanyaan lanjut /pembelian secara COD kawasan tangkak boleh hubungi saya ismail salim https://wa.me/message/UKJKQL5AD2GEI1

View our Whatsapp catalog https://wa.me/c/60198268055

Beli produk produk penjagaan kesihatan Olive House di website rasmi kedai Online Organik https://wasep.me/koo

#supplements #healthy lifestyle #olive house #organic food #sihatdancantik #kurus sihat #quranicfood #mudahnyaaafiyat #AllahJagaKita #kitajagakita #healthyfood #blackseedoil #kedaionlineorganik #Aafiyatlifestyle #OliveHouseSelatan #highnutrition #weightloss #naturalbeauty #mediterraneandiet

Sumber:Olive House Medic&Business

MASALAH ECZEMA

Yusuf ada ekzema sejak bayi, saya memang ada asthma sampai sekarang, kulit suami pun agak sensitif- jadi kempat-empat anak kami ada ekzema. Anak lelaki 17 tahun dan perempuan 14 tahun nampaknya ada improvement walaupun masih ada lagi. Yang bongsu lelaki 6 tahun masih ditahap terkawal dan tiada sampai berdarah/infeCuka Teened. Yusuf nampaknya yang paling severe dan sesekali akan dapat asthma attack.Yang lagi 3 orang amat jarang/tidak pernah dapat asthma. Ekzemanya satu badan hingga kaki. Memang berulang dari pakar di demc Dr. Noraziah da nada di hospitalised awal tahun ini. Hampir tak putus makan zyrtec, selalu di prescribed prednisolone,atarax dan antibiotic eec kalau tak silap(warna oren saiz agak besar)

Sekarang mandi rendam dengan pinetarsol bath oil. Memang sentiasa pakai aqueous cream dan selalu sapu fucicort, eloment dan eumovate. Betason pun ada disapukan. Sekarang ini keadaan yusuf masih tak memuaskan, tidur malam tak nyenyak dan mengantuk dalam class waktu pagi. Kulit kasar dan ada beberapa tempat yang luka. Mohon pandangan doktor.

JAWAPAN DR SALMAN:

ECZEMA


Eczema,allergic rhinitis (resdung) dan asthma(lelah):

Penyakit di atas merupakan 3 serangkai bagi masalah alergik. Doktor biasanya merawat simptom seperti kegatalan kulit dan hidung bagi resdung serta penyempitan salur pernafasan bagi lelah. Sepertimana yang selalu disebut, MINYAK ZAITUN & CUKA TEEN boleh menstabilkan sistem imun agar tidak terlampau sensitif kepada bendasing yang menyebabkan ketiga-tiga penyakit di atas. Bagi lelah, jangan berhentikan ubat MDI kerana lelah yang teruk boleh membawa maut.

 

Sumber: Olive House Medic&Business 

Untuk pertanyaan lanjut /pembelian secara COD kawasan tangkak boleh hubungi saya ismail salim https://wa.me/message/UKJKQL5AD2GEI1

View our Whatsapp catalog https://wa.me/c/60198268055

Beli produk produk penjagaan kesihatan Olive House di website rasmi kedai Online Organik https://wasep.me/koo

#supplements #healthy lifestyle #olive house #organic food #sihatdancantik #kurus sihat #quranicfood #mudahnyaaafiyat #AllahJagaKita #kitajagakita #healthyfood #blackseedoil #kedaionlineorganik #Aafiyatlifestyle #OliveHouseSelatan #highnutrition #weightloss #naturalbeauty #mediterraneandiet

MASALAH KENCING MANIS

 Assalamu’alaikum doktor. Bagaimanakah untuk mengatasi masalah kencing manis yang bergantung dengan insulin?


UBAT KENCING MANIS


JAWAPAN DR SALMAN:

Wa’alaikumussalam. Kencing manis berpunca dari kekurangan insulin yang dihasilkan oleh pancreas(Type 1:insulin deficiency) atau pengesan insulin yang tidak berfungsi(Type 2:insulin resistant). MINYAK ZAITUN & CUKA TEEN kedua-duanya bersifat anti-diabetogenic iaitu mampu mengurangkan kadar gula di dalam darah secara terus, memperbaiki radang  pancreas supaya mengeluarkan insulin dengan kadar normal serta mengembalikan sensitiviti reseptor insulin. Elakkan gula ringkas di dalam semua jenis makanan dan minuman. Ubah kepada beras dan gula perang.

JAWAPAN DR HAFIZAH:

Wa’alaikumussalam. Pesakit kencing manis yang diberi insulin adalah kerana doktor berpendapat bahawa penggunaan insulin akan memudahkan kawalan gula dalam darah. Namun, dalam islam, konsep rawatan adalah merawat punca bukannya setakat membantu tubuh untuk terus hidup. Pengambilan insulin dari luar akan menyebabkan pankreas semakin tidak sensitif terhadap naik turunnya gula dalam darah. Penghasilan insulin juga melibatkan konsep-konsep sintesis dan sumber yang tidak dapat dipastikan halal dan haramnya.

Oleh sebab itu, Allah telah memberi jaminan bahawa dia tidak menurunkan penawar dalam benda yang haram(syubhah juga menghampiri haram) maka sebagai seorang muslim, wajiblah kita mencari yang jelas halal sebagai ubat.

Untuk rawatan diabetes, Pertamanya hendaklah focus pada pengambilan gula dan karbohidrat yang baik sahaja. Contohnya, elakkan gula putih dan karbohidrat terproses(refined carbohydrate). Pada masa yang sama bantu tubuh dengan Quranic Food. Pokok bongor sedang dikaji sebagai ubat diabetes dan juga herba-herba lain(maaf saya kurang pengetahuan herba). Dan yang paling penting amalkan semua akhlak islam, cuci hati sebersih-bersihnya dan bertaubat sebanyak-banyaknya. Wallahu’alam.

 

Sumber:Olive House Medic&Business



Untuk pertanyaan lanjut /pembelian PRODUK-PRODUK OLIVE HOUSE secara COD kawasan tangkak boleh hubungi saya ismail salim https://wa.me/message/UKJKQL5AD2GEI1

View our Whatsapp catalog https://wa.me/c/60198268055

Beli produk produk penjagaan kesihatan Olive House di website rasmi kedai Online Organik https://wasep.me/koo


#supplements #healthy lifestyle #olive house #organic food #sihatdancantik #kurus sihat #quranicfood #mudahnyaaafiyat #AllahJagaKita #kitajagakita #healthyfood #blackseedoil #kedaionlineorganik #Aafiyatlifestyle #OliveHouseSelatan #highnutrition #weightloss #naturalbeauty #mediterraneandiet

MASALAH MENGANDUNG-HAMIL & CUKA

 Bolehkah orang mengandung amalkan cuka dan bagaimana caranya?

JAWAPAN DR HAFIZAH:

          


Untuk orang mengandung, boleh ambil macam orang biasa, 2 sudu kecil dalam plain water dan anak yang umurnya kurang dari 3 tahun pengambilannya, 1 sudu kecil. Yang penting, jangan bagi terus pastikan dilute dengan air.

JAWAPAN DR SALMAN:

Setakat ini, tiada kajian yang menunjukkan kedua-dua bahan ini berbahaya kepada wanita mengandung mahupun bayi yang di kandung. Senarai bahan yang perlu dielakkan semasa mengandung oleh American Pregnancy Association tidak menyenaraikan kedua-dua bahan ini sangat berbahaya.

Olive oil& Fig vinegar sangat membantu menghilangkan loya(morning sickness) dan sembelit yang sering dialami oleh wanita bersalin.

 

Sumber:Olive House Medic&Business

Untuk pertanyaan lanjut /pembelian secara COD kawasan tangkak boleh hubungi saya ismail salim https://wa.me/message/UKJKQL5AD2GEI1

View our Whatsapp catalog https://wa.me/c/60198268055

Beli produk produk penjagaan kesihatan Olive House di website rasmi kedai Online Organik https://wasep.me/koo

#supplements #healthy lifestyle #olive house #organic food #sihatdancantik #kurus sihat #quranicfood #mudahnyaaafiyat #AllahJagaKita #kitajagakita #healthyfood #blackseedoil #kedaionlineorganik #Aafiyatlifestyle #OliveHouseSelatan #highnutrition #weightloss #naturalbeauty #mediterraneandiet