Ahad, 1 Januari 2023

KHASIAT BUAH DELIMA UNTUK KESIHATAN | Kedai Online Organik


Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan Anda


delima untuk kesihatan


1. Rawatan dan pencegahan kanser

Terdapat banyak kajian yang mengaitkan kemampuan buah delima dalam rawatan kanser contohnya kanser prostat, kanser payudara, kanser usus, kanser kulit, kanser paru-paru. Bahan komponen kimia dalam buah delima mengandungi sifat anti radang, menurunkan aktiviti sel tumor, proliferasi sel kanser dan lain –lain mekanisme sel kanser.

2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Jus delima yang bersifat antiarterogenik, antihipertensi dan anti radang membantu mengurangkan tekanan oksidatif, menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol serta trigliserida serta meningkatkan kolesterol high density lipoprotein (HDL)untuk pesakit hiperlipidemia. Kawalan kolesterol darah yang normal akan menurunkan risiko mendapat penyakit berkaitan kardiovaskular seperti serangan jantung, diabetes dan strok.

3. Osteoarthritis

Osteoarthritis ialah jenis arthritis yang biasa dialami. Kemerosotan sendi yang berlaku mengurangkan keselesaan dan kualiti hidup pesakit. Sifat anti radang dalam buah delima mampu membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

4. Rheumatoid arthritis

Penyakit autoimun di mana sel badan akan menyerang sel-sel lain dan menyebabkan pesakit mengalami keradangan dan lebih teruk sekiranya tidak mendapatkan rawatan perubatan. Bahan anti radang dalam buah delima membantu mengurangkan kejadian radang

5. Antimikrob/antifungal

Sifat antimikrob /antifungal membantu dalam rawatan berkaitan mikrob dan fungal seperti jangkitan candida dan bacteria e coli yang selalunya menyebabkan kejadian cirit birit. Aktiviti bakteria dan fungal ini dikurangkan dengan kehadiran antimikrob dalam buah delima

6. Kesihatan mulut

Kesihatan mulut yang tidak elok pastinya mengundang bau mulut dan ketidakselesaan individu. Bau mulut dikaitkan dengan bakteria yang terdapat di dalam mulut. Sifat antibakteria di dalam buah delima membantu mengekalkan persekitaran bakteria oral di dalam mulut.

7. Penyembuhan luka

Tindakbalas mekanisme penyembuhan luka bersama Komponen kimia buah delima mempercepatkan pembaikan sel di bahagian yang luka, secara tidak langsung kawasan kulit yang terdedah kepada luka berkurangan

8. Kesuburan

Delima dikaitkan dengan meningkatkan kesuburan di kalangan lelaki dan wanita. Terdapat kajian menunjukkan bilangan sperma yang dihasilkan meningkat dan lebih produktif atau sihat . manakala untuk kesuburan wanita pula, ia membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan

9. Alzheimer

Walaupun tiada kajian yang membuktikan penyakit Alzheimer boleh dilewatkan, tetapi terdapat kajian yang mencadangkan perubahan diet yang lebih seimbang dapat mengurangkan risiko kejadian Alzheimer berlaku. Delima mengandungi tinggi kandungan polifenol yang terbukti berperanan dalam memelihara sel –sel neuron otak. Kajian ke atas haiwan juga membuktikan tingkahlaku haiwan berubah kepada normal dan senang dikawal selepas pemberian jus delima. walaubagaimanapun lebih kajian diperlukan untuk mengenalpasti mekanisme bahan ini bertindak dalam menangani penyakit Alzheimer
Beli Pati Jus Delima di SINI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan