Rabu, 15 Disember 2021

Tiada yang mengambil rezekimu

 Tidak Ada Orang Yang Merebut Rizkimu . 


______________________


Syekh Yusri hafidzahullah Ta'ala wa ra'ah menjelaskan dalam pengajian kitab shahih Bukharinya, bahwa janganlah sekali-kali kita berprasangka bahwa ada orang lain yang merebut rizki darimu. Semua makhluk Allah telah dijamin akan mendapatkan rizki yang telah ditentukan jauh sebelum ia terlahir, sebagaimana firman Allah Ta'ala:


 " وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ " 


yang artinya: " Dan tidak satupun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semua  dijamin Allah rezkinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfudz) "(QS. Hud: 6).


Maka dari itulah, hendaknya seorang mukmin tidak usah ragu untuk mengajarkan keahliannya kepada orang lain, karena khawatir ia akan merebut rizki darinya. " aku melihat sendiri beberapa orang dokter yang menyembunyikan kemahirannya dalam hal tertentu, sehingga ketika melakukan sebuah oprasi kepada pasiennya, maka ia hanya membiarkan suster saja yang berada di dalam, tidak boleh ada dokter lain, khawatir dokter itu akan mengambil sir mihnah (rahasia profesi) darinya ", jelas syekh Yusri. 


Kebakhilan dalam mengajarkan kebaikan ataupun keahlian yang dianggap bisa mengurangi jatah rizki dari seseorang adalah merupakan salah satu tanda-tanda hari kiamat yang telah disebutkan oleh baginda rasulullah SAW. Imam Bukhari RA meriwayatkan, bahwa baginda bersabda: " Zaman itu semakin singkat, amal ibadah semakin berkurang, kebakhilan semakin merata, nampaklah fitnah dan cobaan, dan banyak sekali kematian " (HR. Bukhari).


Syekh Yusri mengomentari hadits ini, bahwa kebakhilan yang meraja lela di akhir zaman ini tidaklah hanya dalam masalah materi dan harta, akan tetapi juga dalam masalah ilmu, keahlian profesi, pengalaman dan hal-hal yang lain. Banyak dari mereka yang enggan untuk mengajarkan keahliannya kepada orang lain, hanya karena khawatir hal ini akan mengurangi jatah rizkinya. Akan tetapi perlu mereka tahu, bahwa usaha boleh ditiru, akan tetapi rizki tidak ada yang bisa ditiru. Wallahu A'lam.

Kredit : Fb page Ahbab Maulana Syeikh Yusri Rusydi Alhasany

Penerangan tentang stroke oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad

 





Kaki dan Tangan selalu tak tahan sejuk

 TANGAN DAN KAKI SEJUK


Simptom sejuk di bahagian tangan dan kaki boleh menjadi satu simptom yang normal. Perubahan dalam suhu dan juga gaya hidup boleh menyebabkan seseorang itu mengalami simptom tangan atau kaki sejuk.












PUNCA TANGAN DAN KAKI SEJUK


Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Beberapa punca tersebut adalah:


1. Suhu persekitaran yang sejuk


Ini merupakan punca utama yang menyebabkan kawasan tangan dan kaki menjadi sejuk.

Apabila badan berada di persekitaran yang sejuk, salur darah akan mengecut terutamanya pada kawasan kaki dan tangan. Ini akan mengurangkan peredaran darah di kawasan tersebut. Ia merupakan salah satu mekanisma badan untuk mengelakkan badan kehilangan haba daripada badan.


Jika dibiarkan lama, peredaran darah yang kurang ini akan menyebabkan kurangnya oksigen yang sampai dikawasan tersebut. Selalunya perkara ini akan menyebabkan kawasan kaki dan tangan tersebut berwarna kerbiru-biruan. Jika persekitaran badan menjadi panas semula, warna tangan atau kaki tersebut akan menjadi normal semula.















2. Kebimbangan, rasa cemas atau tekanan yang melampau


Dalam keadaan bimbang, stress dan cemas boleh menyebabkan badan memberi respons dengan merembeskan hormon adrenalin di dalam darah.


Hormon ini akan menyebabkan jantung berdenyut dengan lebih laju. Disamping itu, ia juga akan menyebabkan salur darah terutamanya dibahagian tangan dan kaki mengecut. Perkara ini akan menyebabkan peredaran darah dikawasan tersebut kurang dan tangan/kaki akan menjadi sejuk.





















3. Masalah peredaran darah


Masalah peredaran darah selalu lebih mudah berlaku di bahagian kaki berbanding tangan. Mereka yang mempunyai masalah peredaran darah ini akan selalu mempunyai simptom sejuk kaki.


Masalah peredaran darah ini mempunyai pelbagai punca seperti:


a) Posisi duduk yang tidak betul: Selalunya posisi tersebut menyebabkan salur darah kaki terhimpit dan mengurangkan peredaran darah pada kawasan kaki.


b) Merokok: Perbuatan ini boleh menyebabkan salur darah lebih mudah tercedera dan kolesterol lebih mudah masuk ke salur darah menyebabkan ia menjadi keras dan mengecil. Bila diameter saluran darah mengecil, ia akan menyebabkan peredaran darah ke kawasan tersebut semakin berkurangan.


c) Kolesterol tinggi: Bacaan kolesterol yang tinggi juga akan menyebabkan salur darah mengecil.


d) Masalah jantung: Mereka yang mengalami masalah lemah jantung selalu menghadapi simptom sejuk tangan dan kaki. Ini kerana jantung tidak mampu mengepam darah keseluruh tubuh badan pesakit.


4. Kurang darah merah (anemia)


Anemia adalah keadaan dimana sel darah merah dalam badan kurang daripada biasa. Ia mempunyai pelbagai punca seperti kekurangan zat besi, Vitamin B12, asid folik, kegagalan buah pinggang dan juga pendarahan.


Anemia yang teruk boleh menyebabkan tangan dan kaki menjadi sejuk.


5. Kencing manis


Pesakit kencing manis boleh mengalami masalah dalam peredaran darah terutamanya pada bahagian tangan dan kaki.


Kadar gula yang tinggi akan menyebabkan saluran darah menjadi lebih sempit dan kurangnya peredaran darah pada tangan dan kaki. Perkara ini menyebabkan simptom tangan dan kaki sejuk.


Terdapat juga pesakit kencing manis yang mengalami kerosakan pada sarafnya. Ini menyebabkan kaki mereka mengalami rasa kebas, sakit dan seolah-olah terbakar.


6. Hipotiroid


Masalah hipotiroid adalah disebabkan kalenjar tiroid yang tidak menghasilkan hormon tiroid dengan secukupnya. Perkara ini akan memberi kesan kepada metabolisma badan.


Kesemua metabolisma badan akan berkurangan jika hormon tiroid tidak cukup dan ini menyebabkan denyutan nadi menurun, pembesaran terbantut dan suhu badan pun berkurangan.


Pesakit hipotiroid selalunya tidak boleh tahan ketika berada di dalam persekitaran yang sejuk berbanding orang biasa.


RAWATAN KAKI DAN TANGAN SEJUK


Jika simptom tersebut tidak terlalu teruk, ada beberapa rawatan yang anda boleh buat dirumah.


1. Berjalan


Kaki sejuk disebabkan masalah peredaran darah selalunya berlaku kerana posisi duduk yang tidak betul. Dengan berjalan, peredaran darah akan menjadi normal semula dan suhu kaki akan mula meningkat.


Berjoging pula bagus sebagai aktiviti kardio bagi menguatkan jantung dan memperbetulkan peredaran darah dalam badan.


Walaubagaimanapun, terdapat pesakit yang mengalami penyempitan salur darah pada kaki yang teruk. Ini selalunya akan menyebabkan kaki pesakit akan menjadi sakit bila berjalan ataupun berlari terlalu lama.


2. Stokin dan sarung tangan


Penggunaan stokin dan sarung tangan akan memerangkap haba di kawasan tersebut. Ini akan mengelakkan tangan menjadi sejuk.


3. Rendam kaki dengan air panas


Salah satu cara yang paling cepat untuk merawat masalah ini adalah dengan cara merendam kaki atau tangan dalam air suam ataupun mandi dengan menggunakan air panas.

Pesakit juga boleh memenuhkan kolam air dalam bilik mandi dengan air suam. Mandi dengan menggunakkan air suam ini akan merelakskan otot-otot dan juga mengurangkan stress badan.


Pesakit yang mempunyai kencing manis dinasihatkan untuk tidak menggunakan air panas untuk memanaskan kaki mereka. Ini kerana deria rasa meraka telah rosak menyebabkan mereka tidak boleh merasa dengan tepat air tersebut terlalu panas ataupun tidak.


BILA PERLU BERJUMPA DENGAN DOKTOR?


Walaupun kebanyakan simptom tangan dan kaki sejuk ini adalah sesuatu yang biasa, akan tetapi jika anda mempunyai simptom-simptom ini, anda perlu berjumpa dengan doktor. 


Simptom tersebut adalah:


a) Badan lemah
b) Berat badan turun mendadak
c) Demam
d) Sakit sendi yang teruk
e) Luka pada tangan dan kaki yang mengambil masa yang lama untuk sembuh
f) Perubahan pada kulit seperti mempunyai ruam atau kulit menjadi tebal.


Sumber : TheDiagnosa

Kredit : Dr Zubaidi hj ahmad 

Beli produk produk penjagaan kesihatan Olive House di website rasmi kedai Online Organik https://wasep.me/koo

Untuk pertanyaan lanjut /pembelian secara COD produk-produk Olive House di kawasan tangkak, boleh hubungi saya ismail salim https://wa.me/message/UKJKQL5AD2GEI1

View our Whatsapp catalog https://wa.me/c/60198268055

#supplements #healthy lifestyle #olive house #organic food #sihatdancantik #kurus sihat #quranicfood #mudahnyaaafiyat #AllahJagaKita #kitajagakita #healthyfood #blackseedoil #kedaionlineorganik #Aafiyatlifestyle #OliveHouseSelatan #highnutrition #weightloss #naturalbeauty #mediterraneandiet

Prostat bengkak, masalah kencing

 


Memang kurang selesa apabila berasakan pundi kencing masih penuh walaupun baru selesai ke tandas untuk membuang air kencing. Lebih memenatkan apabila kerap kali berulang ke tandas untuk membuang air kecil terutama pada waktu malam menyebabkan rasa mengantuk kerana kurang tidur pada keesokan harinya.


Ia sedikit sebanyak menyebabkan kualiti dan produktiviti kerja atau rutin harian terganggu kerana berasa terlalu letih serta mengantuk di siang hari yang membuatkan individu itu berasa tertekan.


Keadaan begini berlaku mungkin disebabkan masalah benign prostatic hyperplasia (BPH).


BPH adalah keadaan pembesaran kelenjar prostat yang boleh mengganggu pengaliran air kencing akibat sekatan uretra. Kelenjar prostat sangat unik kerana ia boleh membesar secara perlahan-lahan apabila lelaki meningkat dewasa.


Menjadi kebiasaan kelenjar prostat membengkak apabila lelaki meningkat umur. Keadaan ini dikenali sebagai pembengkakan prostat yang bukan kanser.


Hingga ke hari ini, sebab berlaku pembengkakan prostat masih tidak diketahui dan difahami sepenuhnya, tetapi ia biasanya berlaku kepada lelaki yang berumur 60 tahun ke atas.


Pembesaran saiz prostat boleh mula berlaku secara perlahan-lahan apabila lelaki itu memasuki usia 40 tahun disebabkan hipersensitiviti kepada testosteron. Sepanjang hidup, lelaki menghasilkan hormon testosteron dan dipercayai hormon dihydrotes-tosterone (DHT), satu bahan yang berasal daripada testosteron di dalam kelenjar prostat yang menyebabkan ia membengkak.


Selaras dengan peningkatan usia, lelaki terus mengeluarkan dan mengumpul paras DHT yang tinggi dalam prostat. Pengumpulan DHT ini menggalakkan pertumbuhan sel prostat dan menyebabkan pembengkakan prostat.


Prostat adalah satu kelenjar yang menjadi sebahagian kepada sistem reproduktif lelaki. Kelenjar ini terdiri daripada dua lobar (lobes) yang diselaputi satu lapisan tisu luar.


Ia terletak di hadapan rek­tum dan di bawah pundi kencing yang menyimpan urin. Prostat juga mengelilingi uretra, satu saluran urin dialirkan keluar dari badan.


Apabila pembesaran saiz prostat berlaku, ia memberi tekanan kepada pundi kencing dan uretra hingga mencetuskan gejala membabitkan pembuangan air kencing.


Simptom pembengkakan prostat berpunca daripada penyumbatan saluran kencing dan kehilangan fungsi pundi kencing secara beransur. Ini akhirnya menyebabkan pundi kencing tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.


Ujarnya, gejala pembengkakan prostat adalah pelbagai. Saiz kelenjar prostat tidak semestinya menunjukkan masalah penyumbatan atau gejala yang teruk, tetapi kebanyakannya membabitkan perubahan dalam pembuangan air kencing.


Antara masalah yang biasa dihadapi:


1. Aliran yang tidak lancar, tersekat-sekat dan perlahan.


2. Tidak tertahan hendak kencing dan meleleh atau menitis


3. Kencing kerap terutama waktu malam.


Walaupun ia masalah biasa dialami lelaki ketika berusia 60 tahun ke atas (setiap individu berlainan), namun 60 peratus daripadanya yang mengalami pembengkakan prostat boleh menyebabkan komplikasi yang membimbangkan jika tidak mendapat rawatan dengan segera selepas mengalami gejala ringan seperti yang dinyatakan di atas.


Seseorang yang ada pembengkakan prostat mungkin tidak mempunyai simptom sehingga dia mendapat retensi urin akut. Retensi urin akut adalah keadaan urin langsung tidak boleh mengalir keluar yang berpotensi meningkatkan risiko kerosakan kepada buah pinggang.


Retensi urin dan tekanan pada pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing, kerosakan pundi kencing atau buah pinggang, batu karang dan inkontinen.


Selain itu, lelaki yang mengalami masalah ini juga berpotensi mendapat hematuria yang menyebab­kan air kencing berdarah. Walaupun ia dibimbangi boleh menyebabkan kanser prostat, hanya kurang daripada lima peratus pesakit mengalaminya.


Disebabkan itu, apabila lelaki mengalami gejala yang dinyatakan tadi, segera dapatkan pemeriksaan doktor bagi mengelakkan komplikasi yang lebih buruk.


Jika pundi kencing sudah rosak, rawatan pembengkakan prostat mungkin tidak berkesan. Justeru, penting untuk kita memberitahu doktor mengenai masalah pembuangan air kecil yang dialami untuk mendapatkan rawatan dengan segera.


PENGESANAN DAN RAWATAN


Dalam lapan daripada 10 kes, simptom biasa yang dialami itu menandakan pembengkakan prostat, tetapi ia juga boleh menyebabkan keadaan lain yang lebih serius seperti kanser prostat yang memerlukan rawatan segera.


Dapatkan pemeriksaan tahunan. Kebanyakan ujian membantu mengenal pasti masalah dan ujian ini berbeza mengikut pesakit. Beberapa ujian yang biasa dilakukan kepada individu yang mengalami masalah BPH.


Antaranya:


1. Uroflow, ujian aliran kencing


Pesakit kencing dalam satu alat yang mengukur kelajuan pengaliran air kencing. Aliran yang perlahan biasanya menandakan pembengkakan prostat.


2. Pemeriksaan Rektal Digital (Digital Rectal Exam (DRE).


Biasanya ujian pertama yang dilakukan dengan memasukkan jari yang bersarung getah ke dalam rektum dan merasa bahagian prostat yang bersebelahan dengan rektum. Pemeriksaan ini memberi idea berkenaan saiz dan juga keadaan kelenjar berkenaan.


3. Prostate Specific Antigen (PSA) Blood Test.


Satu ujian darah yang membantu menolak kemungkinan kanser prostat sebagai penyebab. PSA adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh sel prostat, biasanya tinggi di dalam darah seseorang yang menghidap kanser prostat.


4. Ultrabunyi Rectal


Probe (sejenis alat yang terdapat pada mesin ultrabunyi) dimasukkan ke dalam rektum untuk mengeluarkan gelombang bunyi. Corak gema (echo patterns) gelombang bunyi yang terhasil membantu mengesan masalah prostat.


Kedua-dua ujian PSA dan ultrabunyi meningkatkan pengesanan apabila digabungkan dengan saringan DRE. Namun, ujian ini secara perbandingan mempunyai kadar positif palsu yang tinggi.


5. Cystoscopy


Tiub kecil dimasukkan melalui satu pembukaan salur kencing pada zakar selepas bius setempat. Tiub ini dinamakan ‘cystoscope’ yang mempunyai kanta dan sistem pencahayaan yang membantu melihat bahagian dalam salur kencing dan pundi kencing. Cystoscope membantu mengenal pasti saiz kelenjar serta lokasi dan tahap serius penyumbatan.


Seseorang lelaki yang mengalami masalah pembengkakan prostat dengan simptom biasanya memerlukan rawatan pada masa tertentu. Doktor biasanya menasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan apabila gejala menjadi teruk atau menjejaskan kesihatan pesakit.


Antara rawatan yang akan diberikan kepada pesakit (bergantung kepada tahap serius gejala yang dialami):


1. Rawatan ubat-ubatan


Ubat boleh didapati untuk menghalang pengeluaran hormon DHT. Ubat ini boleh mengecut atau sekurang-kurangnya memberhentikan pembengkakan prostat tanpa pembedahan.


Ubat yang bertindak dengan mengendurkan otot prostat dan leher pundi kencing dapat meningkatkan pengaliran urin serta mengurangkan penyekatan pada pembukaan pundi kencing. Ubat-ubatan ini tergolong dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai alpha blockers.


2. Rawatan pembedahan


Pembedahan akan membabitkan pembuangan bahagian kelenjar prostat yang membengkak dan ini akan melegakan penyumbatan serta membolehkan pengosongan pundi kencing sepenuhnya. Ia adalah penyelesaian yang terbaik untuk jangka panjang bagi pesakit dengan pembengkakan prostat.


Cara pembedahan ini termasuk:


1. Pembedahan (TURP). Cara ini digunakan dalam 90% daripada semua pembedahan prostat dan tidak memerlukan turisan dari luar. Selepas dibius, pakar bedah memasukkan tiub melalui salur kencing di zakar untuk sampai ke kelenjar prostat.


Pakar bedah menggunakan gelung wayar untuk membuang tisu yang menyebabkan penyumbatan secara sedikit demi sedikit. Prosedur ini kurang mencederakan dan tempoh pemulihan lebih pendek.


2. Pembedahan terbuka. Segelintir pesakit tidak dapat menjalani prosedur melalui salur kencing perlu melakukan pembedahan terbuka yang memerlukan turisan dari luar. Pembedahan terbuka biasa digunakan apabila kelenjar terlalu besar, terdapat komplikasi lain atau pundi kencing yang perlu diperbaiki.


3. Pembedahan laser. Satu prosedur pembedahan menggunakan fiber laser untuk menyejatkan dan mengecutkan tisu prostat yang menyebabkan penyumbatan. Kelebihan pembedahan laser berbanding dengan TURP adalah ia menyebabkan kurang kehilangan darah.

 Kredit Dr Zubaidi hj ahmad 

Kenali kolestrol : Fakta sebenar

 FAKTA BERKAITAN KOLESTEROL 


1. Seperti yang kita sedia maklum kolesterol merupakan satu keperluan dalam diet harian seseorang untuk beberapa fungsi tubuh walaupun ada yang mengatakan bahawa kita harus mengurangkan pengambilan lemak. Bolehkah Dr terangkan dengan lebih jelas apakah itu kolesterol? 


Kolesterol tinggi (hiperkolestrolemia) adalah penyebab utama beban penyakit dalam negara-negara maju dan negara-negara yang membangun. Ia menyebabkan 2.6 juta kematian di seluruh dunia. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2015, kadar bilangan warga Malaysia yang menghidap dislipidemia dan berumur 18 tahun dan ke atas adalah 47.7% (9.6 juta).


Jadi apakah sebenarnya kolestrol?


Dalam pemakanan kita, kita memerlukan makronutrien yang terdiri dari karbohidrat, lemak dan protein. Lemak boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu :


a. lemak sihat iaitu lemak tidak tepu, 

b. lemak yang tidak sihat iaitu lemak yang tepu 

c. lemak yang bahaya iaitu lemak-trans.


Jadi kita memerlukan lemak yang betul dalam pemakanan kita, dan tidak mengambilnya secara berlebihan. 


Oleh itu kita harus mengambil lemak sihat (lemak tidak tepu) dalam pemakanan kita seperti minyak zaitun, dan mengurangkan pengambilan lemak tidak sihat (minyak tepu) seperti daging merah, susu dan prosuk tenusu dalam kadar sedarhana dan tidak selalu. Kita perlukan mengelakkan pengambilan lemak berbahaya (lemak trans) seperti makanan yang bergoreng dan margerin. 


Dalam kumpulan lemak ini, terdapat pelbagai jenis asid lemak mengikut struktur molekul mereka. Salah satunya adalah kolestrol. 


Kolesterol adalah sebahagian dari asid lemak lemak yang penting untuk badan berfungsi dengan betul. Kolesterol biasanya dihasilkan di dalam hati, dan sebahagian kecilnya akan diserap melalui makanan yang kita makan. 


Kolesterol digunakan dalam penghasilan : 


1. Hormone seksual seperti testosterone, progesterone dan estrogen

2. Sebahagian dari lapisan sel (cell membrane)

3. Menghasilkan vitamin D dalam tubuh

4. Menghasilkan cecair hempedu bagi tujuan penghadaman lemak dalam usus kecil

5. Penyerapan vitamin A, D, E dan K 


Jadi tahap kolestrole menjadi tinggi apabila :


1. penyerapan kolestrole dari makanan yang tinggi

2. organ hati tidak menggunakan kolestrol bagi tujuan di atas.

3. organ hati menghasilkan kolestrole dengan lebih banyak atas sebab tertentu


2. Terdapat 3 jenis kolesterol yang terdiri dari kolesterol baik mahupun tidak. Jelaskan jenis-jenis kolesterol dan kesannya terhadap badan.


Pemeriksaan darah untuk profil lemak (lipid profile) akan memberikan kita gambaran terhadap tahan kolestrol dalam tubuh. 


1. Total Cholestrole (Jumlah kolestrol). Nilai baik  bawah 5.1 mmol/L


2. Triglyceride (Trigliserida) . Nilai baik bawah 2.3 mmol/L


3. Low Density Lipoprotein (LDL) juga dikenali sebagai kolestrol jahat.  Nilai baik bawah 3.3 mmol/L


4. High Density Lipoprotein (HDL) juga dikenali sebagai kolestrol baik. Nilai baiklebih 1.0 mmol/L


5. Ration Total cholestrole/HDL yang menunjukkan risiko seseorang pesakit mendapat serangan sakit jantung. Nilai ratio yang baik mestilah bernilai 2, namun semakin tinggi ia menunjukkan risiko mendapat serangan jantung semakin tinggi dalam masa 5 tahun.


LDL (kolestrol jahat) dan HDL (kolestrol baik) bukanlah kolestrol. Tetapi protein (lipoprotein) yang membawa kolestrol masuk dan keluar dari organ darah. Ia ibarat lori yang membawa muatan kolesterol. 


LDL berfungsi membawa keluar kolestrol ke saluran darah dari dalam organ hati. Jika LDL tinggi, bermakna lebih ‘lori’ yang membawa kolestrol yang dibawa keluar dari tempat penyimpanan (organ hati) ke dalam saluran darah. Ini bermakna tahap kolestrol akan menjadi tinggi.


Oleh kita tidak digakkan mengambil lemak tidak tepu dengan kadar terlalu banyak kerana ia akan meningkatkan tahap LDL dan Total Cholestrole. Antara makanan yang mengandungi lemak tepu adalah daging merah, minyak kelapa, santan, susu dan produk tenusu. Ambillah dalam kuantiti yang sederhana sesekali. 


HDL berfungsi membawa masuk kolestrole dari saluran darah ke dalam organ hati. Jika HDL tinggi, bermakna banyak ‘lori’ yang membawa lebih banyak kolestrol masuk ke dalam tempat penyimpanan (organ hati). Ini bermakna tahap kolestrol akan menjadi rendah.


Oleh itu kita digalakkan mengambil makanan yang mengandungi lemak tidak tepu (sama ada lemak tidak tepu mono atau lemak tidak tepu poli) untuk meningkatkan tahap HDL dalam darah. Antara makanan itu adalah minyak sawit,  minyak zaitun, kacang gajus dan kacang badam.


Sementara lemak-trans juga meningkatkan tahap LDL yang menggalakkan pengeluaran kolestrole dari organ hati dan ia juga menyebabkan keradangan (yang akhirnya menyebabkan mendakan kolestrol).  Antara makanan tersebut adalah :


1. Marjerin dan lemak sayur-sayuran yang diperbuat daripada lemak yang dihidrogenkan atau dipejalkan.


2. Makanan yang digorengkan dengan minyak tidak tepu kerana haba panas menukarkan struktur molekul lemak tidak tepu kepada lemak-trans. 


3. Makanan terproses seperti  makanan ringan yang dijual di pasaraya seperti kentang goreng, makanan segera yang mengandungi pengawet, pewarna dan perasa tiruan.


4. Makanan sejuk beku seperti nugget ayam bersalut, bebola makanan laut segera dan sosej segera.


5. Produk bakeri  seperti kek, donat, roti dan pastri.


Peningkatan kolesterol yang terlalu banyak boleh menyebabkan pemendakan pada saluran darah arteri, terutamanya pada saluran darah arteri koronori  (coronory artery). Pemendakan ini dinamakan artherosclerosis. 


Peningkatan tahap kolestrol sahaja tidak menyebabkan pemendakan ini. Pemendakan ini berlaku apabila terdapat factor sampingan iaitu :


1. Tahap gula yang tinggi (terutama pada pesakit diabetes)

2. Tekanan darah yang tinggi (terutama pada pesakit hipertensi)

3. Tahap nicotine dalam darah (terutama perokok)

4. Pengambilan lemak-trans dalam pemakanan

5. Mengalami masalah kepekatan darah yang tinggi 

6.  Faktor genetik (bagi pesakit yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami serangan sakit jantung dan stroke)


3. Pada pandangan Dr, bagaimanakah cara untuk seseorang individu menurunkan paras kolesterolnya yang tinggi? 


Menukar gaya hidup yang lebih sihat dapat menurunkan tahap kolestrol dalam darah dan ia sangat membantu dalam rawatan menggunakan ubat-ubatan sinteik anti-kolestrol.


1. Mengamalkan puasa sunat atau Diet Intermittent Fasting


Dengan mengurangkan kekerapan makan dengan berpuasa atau melakukan Diet Intermittent Fasting bukan saja dapat menurunkan berat badan, tetapi juga dapat menurunkan tahap kolestrol dengan lebih mudah.


2. Menukarkan cara pemakanan yang lebih sihat


a. Mengurangkan pengambilan lemak tepu, contohnya daging merah dan produk tenusu.

 

b. Menghentikan pengambilan lemak-trans, yang biasa banyak terdapat dalam produk makanan yang dilabelkan mengandungi “minyak sayuran semi-hydrogenated” seperti marjerin, dan yang kebanyakannya digunakan dalam industri makanan membuat biskut, crakers, kek dan cookies.


c. Memperbanyakan makanan yang mengandungi asid lemak omega-3 yang banyak terdapat dalam ikan dari laut bebas seperti ikan salmon, ikan kembung, ikan siakap etc. Ia juga banyak dalam kekacang seperti kacang badam, kacang walnut, kacang gajus etc


d. Memperbanyakkan minyak sihat tidak tepu, sama ada mono atau poli, yang banyak dalam minyak zaitun, avokado dan minyak sayur yang lain.


e. Memperbanyakkan makanan yang mengandungi fiber kerana ia melambatkan penyerapan kolestrol dalam usus kecil. Antaranya sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu oatmeal, kacang ginjal,buah epal, buah pir dan buah kurma. 


2. Melakukan aktiviti fizikal


Melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit setiap hari untuk lima hari dalam seminggu membantu mengurangkan tahap kolesterol. 


Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan :


a. melakukan aktiviti berjalan kaki 

b. menunggang basikal 

c. bermain permainan secara santai seperti badminton


Untuk kekal bersemangat, cari rakan yang dapat sama-sama menemani melakukan aktiviti fizikal.


3. Berhenti merokok


4. Minum air kosong secukupnya, sekurang-kurangnya 2.5L sehari


5. Tidur yang mencukupi sekuang-kurangnya 6-8 jam sehari


6. Mengambil cuka teen. Pengamalan cuka teen satu sudu dibancuh dalam segelas air kosong selepas makan dapat mengurangkan tahap kolestrol dan menstabilkan tahap gula.


Bagi pesakit hiperkolestrol yang mempunyai tahap kolestrol yang terlalu tinggi atau mempunyai penyakit lain seperti diabetes atau hipertensi, selalunya doctor akan memulakan ubat sintetik anti-kolestrol. Setiap ubat-ubat ini mempunyai kesan sampingan yang tersendiri, oleh itu ia harus mendapat preskripsi dari doktor. Jika mengalami sebarang kesan sampingan, berbincanglah dengan doctor yang merawat, berkemungkinan doctor akan mengurangkan dos atau menukarkan kepada ubat sintetik anti-kolesterol yang lain.


Sekian.

Kredit : Dr Zubaidi bin Hj Ahmad


#HealthDrZubaidi

TEKANAN DARAH RENDAH

 TEKANAN DARAH RENDAH


Assalamu’alaikum wbt Dr. Zubaidi. Saya seorang yang memiliki tekanan darah rendah. Sejak sebulan dua ni, pernafasan saya agak terbatas bila saya rasa seperti tak puas nak bernafas seperti biasa. Sejak tu saya selalu periksa tekanan darah saya sendiri di rumah. Hari ni bila saya periksa, tekanan darah saya 85/48 dengan heart rate 62. Naik tanda irregularity heartbeat. Saya mula risau dan periksa semula di tangan kanan. Bacaan 92/53 dan hb rate 71. Adakah ini merbahaya? Mohon pencerahan dari doktor yang arif. Terima kasih.



Waalaikumussalam.


Tekanan darah yang rendah adalah bacaan tekanan darah kurang dari 90 millimeter merkuri (mm Hg) bagi bacaan atas (systolic) atau 60 mm Hg bagi bacaan bawah (diastolic). Bagi sesetengah individu bacaan yang sebegini tidak mendatangkan masalah. Beliau boleh menjalankan kerja rutin sehari, melakukan aktiviti fizikal seperti memanjang gunung tanpa masalah dan tidak mengalami rasa sukar bernafas ketika rehat. Selalunya pemeriksaan kesihatan tidak menunjukkan sebarang sebab berlakunya tekanan darah yang rendah ini. Dan yang penting beliau dianggap sihat.


Namun bagi individu yang mempunyai tekanan darah yang rendah, dan mempunyai tanda-tanda seperti pening, pitam atau pengsan, tekanan darah yang rendah adalah suatu keadaan yang berbahaya dan perlu diberikan perhatian segera. Ia boleh menyebabkan kematian. Jadi bagi individu yang mempunyai tekanan rendah tanpa sebarang tanda-tanda kesukaran bernafas ketika rehat atau setelah melakukan aktiviti, jangan risau. Ia normal. Namun dalam kes puan yang mengalami “seperti tak puas nak bernafas seperti biasa” saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan doctor dan menjalankan pemeriksaan yang lengkap.


Tekanan darah yang rendah bersama rasa sukar bernafas adalah suatu tanda yang tidak normal, dan mungkin berbahaya. Sangat penting bagi doctor mencari punca tekanan darah puan yang rendah. Doktor akan melihat sejarah perubatan lampau, melihat faktor umur dan masalah kesihatan yang lain yang mungkin menjadi punca masalah tekanan darah yang rendah. Pemeriksaan fizikal juga akan dilakukan.


1. Pemeriksaan tekanan darah dan degupan jantung. Ia dilakukan untuk beberapa beberapa kali. Pemeriksaan tekanan darah yang khas juga dilakukan dengan meminta pesakit berbaring beberapa minit, kemudian diminta duduk untuk pemeriksaan tekanan darah sekali lagi.


2. Pemeriksaan ECG (electrocardiogram) harus dilakukan untuk memeriksa kadar degupan jantung dan corak degupan jantung.


3. Pemeriksaan ultrasound khas untuk jantung (Echocardiogram) bagi melihat struktur dalam jantung, bimbang ada kebocoran dinding atau fungsi injap yang tidak sempurna.


4. Pemeriksaan ECG yang berterusan di mana alat sentiasa dipakai oleh pesakit bagi melihat perubahan dugupan jantung selama 24 jam. Kaedah ini dinamakan “Holter monitor” bagi melihat kalua-kalau ada keadaan di mana degupan jantung yang tidak normal menyebabkan penurunan tekanan darah.


5. Pemeriksaan “Exercise Stress Test” di mana seorang pesakit harus berlari di atas treadmill bagi melihat corak degupan jantung apabila jantung bekerja dengan lebih kuat.


6. Pemeriksaan darah bagi menilai tahap hormon dan fungsi organ yang lain seperti hati dan ginjal.


Bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah rendah yang kronik ada beberapa tips yang saya ingin kongsikan:


1. Ambil makanan yang lebih tinggi garam dalam makanan. Sebelum itu pastikan buat pemeriksaan doctor bagi memastikan fungsi ginjal tiada masalah dan mendapat nasihat doctor.


2. Minum lebih banyak air kosong terutama ketika cuaca panas dan ketika demam disebabkan serangan virus. Tinggalkan air yang bergas dan manis.


3. Sebelum mengambil ubat sintetik pastikan sama dari klinik atau farmasi, beritahu yang pun mengalami masalah tekanan darah yang rendah. Ada beberapa ubatsintetik menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah.


4. Lakukan aktiviti fizikal yang sederhana bagi menggalakkan pengaliran darah seperti berjalan kaki.


5. Berhati-hati apabila bangun dari posisi duduk atau berbaring. Perubahan posisi yang serta merta boleh menyebabkan rasa pening dan rasa tidak seimbang sehingga mungkin boleh menyebabkan jatuh. Cara yang terbaik jika mengalami masalah ini ialah dengan duduk perlahan-lahan, urut betis beberapa kaki dan cuba bangun setelah rasa bersedia.


6. Jangan mengangkat berat, atau meneran (akibat sembelit) dalam bilik air. Ini akan menyebabkan tekanan darah mungkin lebih rendah dan rasa pening.


7. Jangan duduk terlalu lama dan cuba bangkit perlahan-lahan dan bergerak di sekeliling kawasan. 


8. Jangan mandi air panas (menggunakan shower terlalu lama) kerana ia akan mengembangkan saluran darah dan tekanan darah semakin rendah. Boleh gunakan kerusi yang sesuai ketika mandi bagi mengelakkan rasa pening dan jatuh ke lantai. 


9. Makan banyak sayur-sayuran. Ambil minyak sihat seperti minyak zaitun dalam makanan. Rehat selepas makanan. Minum air secukupnya. 


10. Jika perlu pakai stoking khas yang membantu pergerakan darah ke seluruh tubuh.


11. Berurut juga membantu membaiki perderan darah ke seluruh tubuh.


Paling penting buat pemeriksaan doktor bagi mengetahui punca masalah ini berlaku. 


Semoga bermanfaat.


#HealthDrZubaidi

Beli produk produk penjagaan kesihatan Olive House di website rasmi kedai Online Organik https://wasep.me/koo

Untuk pertanyaan lanjut /pembelian secara COD produk-produk Olive House di kawasan tangkak, boleh hubungi saya ismail salim https://wa.me/message/UKJKQL5AD2GEI1

View our Whatsapp catalog https://wa.me/c/60198268055

#supplements #healthy lifestyle #olive house #organic food #sihatdancantik #kurus sihat #quranicfood #mudahnyaaafiyat #AllahJagaKita #kitajagakita #healthyfood #blackseedoil #kedaionlineorganik #Aafiyatlifestyle #OliveHouseSelatan #highnutrition #weightloss #naturalbeauty #mediterraneandiet

Sakit Sendi, Sakit Lutut, Arthritis

 GANGGUAN KERADANGAN KRONIK


Lazimnya ramai menganggap sakit artritis hanya dihidapi oleh individu berusia hingga menjadikan ramai golongan muda mengambil remeh mengenainya.


Hakikatnya, meskipun penyakit itu lazimnya dihidapi oleh individu berumur, sebilangan besar golongan yang lebih muda tidak terkecuali.


Ramai golongan muda yang mengalami sakit sendi, pembengkakan atau kekejangan tidak menyangka artritis boleh menjadi punca komplikasi itu.


Semua kita perlu menyedari bahawa artritis tidak hadir dalam satu bentuk sahaja.


Terdapat lebih daripada 100 jenis artritis dan kondisi berkaitan dialami ramai individu. Daripada jumlah ini, antara jenis artritis paling lazim dihadapi golongan dewasa muda ialah artritis reumatoid, iaitu gangguan keradangan kronik yang memberi kesan pada dinding sendi.


SERANG SELURUH BADAN


Artritis reumatoid adalah penyakit autoimun dan sistemik yang boleh menyerang seluruh badan. Sesiapa sahaja berpotensi menghidap artritis reumatoid tanpa mengira peringkat usia, malah lapan dalam setiap 100,000 individu berusia 18 hingga 34 tahun didapati menghidap artritis reumatoid.


Di Malaysia, lebih kurang lima dalam 1,000 individu mengalami keadaan ini.


Tanda awal artritis reumatoid dalam golongan dewasa muda:


1. Kekejangan sendi


Antara tanda awal artritis reumatoid ialah kekejangan pada mana-mana bahagian sendi kecil. Ia biasanya terjadi pada bahagian tangan dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Kekejangan ini lazimnya berlaku secara beransur-ansur, namun ia juga boleh terjadi serta-merta.


Ia juga boleh terjadi pada waktu pagi atau selepas tempoh ketidakaktifan yang lama. Apabila sendi menjadi kejang, pergerakan individu akan terjejas.


2. Sakit sendi


Sendi biasanya akan menjadi lebih lembut selepas mengalami kekejangan dan kesakitan boleh dirasai walaupun ketika sedang berehat. Jari-jemari dan pergelangan tangan adalah anggota badan paling kerap terkesan dan kesakitan juga boleh dialami pada bahagian lutut, bahu, kaki serta pergelangan kaki.


Sakit sendi menjejaskan kualiti hidup kerana aktiviti ringkas seperti menaip atau memasak juga boleh menjadi pengalaman menyakitkan.


3. Keradangan sendi


Keradangan pada sendi juga biasa berlaku dan boleh menyebabkan sendi anda kelihatan lebih besar. Malangnya, pembengkakan sendi bersimetri juga adalah tanda kewujudan penyakit ini.


Keradangan boleh memberi kesan terhadap tendon dan ligamen, lantas menjurus kepada kecacatan yang mampu membataskan julat pergerakan (range of motion), tugas mudah akan menjadi lebih sukar untuk dilakukan.


4. Kekebasan dan sesemut ('tingling')


Apabila anggota sendi mengalami keradangan, ia akan memberi tekanan pada saraf dan menjurus kepada kekebasan atau sensasi sesemut, khususnya di tangan dan menyebabkan anda rasa bimbang dan tidak rasa tidak selesa.


Individu mengalami simptom seperti dibincangkan di atas juga harus memberi perhatian ke atas petanda lain.


Misalnya, jika anda demam dan mengalami mana-mana simptom ini, ia mungkin memberi petanda mengenai kewujudan artritis reumatoid.


Ia sebenarnya petanda dan simptom paling lazim sahaja. Kajian mendapati 40 peratus individu mempunyai artritis reumatoid juga mengalami tanda-tanda dan simptom yang tidak membabitkan sendi.


Artritis reumatoid juga boleh menjejaskan banyak anggota badan lain selain sendi. Ia meliputi kulit, mata, paru-paru, jantung, buah pinggang, kelenjar liur, tisu saraf, sumsum tulang dan saluran darah.


KAEDAH MENCEGAH


Penyakit ini bukannya perlu dibimbangkan hanya selepas usia menginjak 50-an. Anda perlu memikirkan cara untuk mencegahnya daripada awal dan mengambil langkah betul untuk mengurangkan risiko kekejangan dan sakit sendi.


Terdapat bukti jelas menunjukkan korelasi antara artritis dan gaya hidup seseorang.


Dengan kekal aktif secara jasmani, ia dapat memelihara kebolehan kita untuk bergerak, selain memberi manfaat kepada kesihatan.


FAKTOR RISIKO PERLU DIPERTIMBANGKAN : 


1. Jantina : Kajian menunjukkan wanita dua hingga tiga kali ganda lebih cenderung untuk menghidap penyakit ini berbanding lelaki.


2. Genetik : Meskipun tiada gen khusus menyebabkan artritis reumatoid, terdapat kecenderungan genetik memerlukan sesuatu pencetus ia terjadi.


3. Merokok : Kajian mendapati tabiat merokok meningkatkan risiko penyakit itu. Bagi mereka sudah mempunyai kondisi ini, ia akan menjadi lebih buruk.


4. Obesiti : Berat berlebihan memberi tekanan pada sendi.


BOLEH TERJADI BILA-BILA MASA


Memandangkan penyakit artritis reumatoid sukar untuk dijangka, pengambilan langkah pencegahan adalah mustahak. Hentikan tabiat merokok, kekalkan berat badan pada paras yang sihat dan hadkan pendedahan terhadap pencemaran alam.


Walaupun penyakit ini tiada penawarnya, keupayaan rawatan berkembang dengan pesat sejak kebelakangan ini.


Rawatan dimulakan pada peringkat awal terbukti bermanfaat. Jika anda mengalami kesakitan, jangan pandang enteng.


Paras daya toleransi kesakitan bagi generasi muda mungkin lebih tinggi, namun ia tidak bermakna culas berkaitannya.


Badan anda berkomunikasi menggunakan kaedah seperti ini. Kesihatan tulang dan sendi harus diutamakan pada setiap masa sama ada kita sedang dilatari pandemik atau sebaliknya.


Artritis reumatoid penyakit boleh dihidapi pada bila-bila masa, tanpa mengira peringkat usia.


Oleh itu, rujuk pakar kesihatan, buat pemeriksaan dan ambil langkah sewajarnya.


Sumber : Berita Harian 


#HealthDrZubaidi

Untuk pertanyaan lanjut /pembelian secara COD  produk-produk Olive House di kawasan tangkak boleh hubungi saya ismail salim

 https://wa.me/message/UKJKQL5AD2GEI1


View our Whatsapp catalogue  https://wa.me/c/60198268055


Beli produk produk penjagaan kesihatan Olive House di website rasmi kedai Online Organik https://wasep.me/koo