Sabtu, 22 Julai 2023

Yogurt Bagus untuk kesihatan

 *APA KEBAIKAN YOGURT DAN BERAPA BANYAK AMBIL YOGURT DALAM SEHARI?*


1. Pengambilan yogurt tanpa gula dan tanpa perasa sewaktu berbuka puasa atau waktu makan (eating phase) ketika melakukan diet Intermittent Fasting adalah digalakkan.


2. Ini akan mengurangkan rasa cepat lapar dengan meningkatkan pengambilan protein dan kalsium dalam makanan.


3. Yogurt merupakan sumber probiotik atau bakteria baik dalam perut dan usus. Dengan ini ia dapat meningkatkan kemampuan usus menyerap makanan, dan juga mencegah sembelit. 


4. Selain itu yogurt adalah sumber kalsium yang baik.  


5. Yogurt dapat mengurangkan risiko kekembungan perut akibat masalah lactose intolerance atau alahan pada protein susu. Jadi ia adalah terbaik bagi pengambilan susu dikalangan mereka yang mempunyai masalah itu.


6. Pilih yogurt yang kosong tanpa gula dan tanpa rasa tambahan. Namun boleh 

menambahkan buah-buahan segar atau kacang-kacang dalam yogurt.


7. Pengambilan yang dicadangkan tidak lebih dari 3 cawan yogurt sehari. (Setiap secawan yogurt kosong mengandungi 15 gram karbohidrat dan 15 gram protein).


8. Boleh letakkan pemanis natural seperti Stevia dan Monk Fruit bagi mengurangkan rasa masam. 


9. Letakkan sesudu minyak zaitun atau minyak kelapa dara untuk mengekalkan rasa kenyang lebih lama atau membekalkan tenaga lebih banyak.


Semoga bermanfaat.

Kredit : Dr Zubaidi Hj Ahmad 

#HealthDrZubaidi.