Quranic Food Olive House



















ASAL USUL OLIVIE PLUS 30X
1. Minyak Zaitun Olivie Plus 30x dihasilkan sejak tahun 1887 oleh
Syarikat Atlas Olive Oils yang terletak di El-Borouj, Morocco.

2. Syarikat Atlas Olive Oils Berpengalaman selama 125 tahun
dalam menghasilkan minyak zaitun extra virgin yang berkualiti
tinggi

3. OLIVIE PLUS 30X telah mendapat pengiktirafan di peringkat
antarabangsa antaranya adalah Anugerah Mario Solinas yang
dianjurkan oleh International Olive Oil Council, ‘Great Taste
Award of London’ dan The International Olive Oil Competition of
Los Angeles di Amerika Syarikat yang terletak di El-Borouj,
Morocco.

4. Mendapat SIJIL ORGANIK DARI USFDA (United States Food and
Drug Administration) yang menyatakan bahawa olivie plus 30x
adalah makanan organik yang bebas dari bahan kimia dan
pencemaran.

5. Olivie Plus 30x mengandungi polifenol iaitu Hydroxytyrosol dan Tyrosol yang amat tinggi berbanding minyak zaitun extra virgin yang lain.Ini menjadikan Olivie 30 Plus amat berkuasa dan bertindak dengan lebih pantas.Kandungan Polifenol yang dihasilkan amat penting bagi melindungi sel-sel dalam badan daripada kerosakan oksidatif bagi manfaat kesihatan dibawah :
6. Melancarkan peredaran darah
Mengelakkan saluran darah di dalam otak tersumbat yang mengakibatkan penyakit strok
Mengelakkan saluran darah tersumbat di bahagian jantung yang mengakibatkan serangan jantung.
Memberi perlindungan kepada sel otak bagi melawan penyakit Alzheimer dan Parkinson.

APA ITU OLIVIE PLUS 30x!!

1. Kenapa minyak zaitun ini dipanggil ‘PLUS 30x’, dan ini adalah elemen utama bagi khasiat Olivie Plus 30x.

2. Olivie Plus 30x berasal dari El Borouj, Maghribi. Buah zaitunnya diestrak menggunakan teknik perahan Mechanically Cold Pressed (perahan sejuk) dan tidak ditapis. Dua-dua ciri ini penting untuk menghasilkan minyak zaitun yang berkualiti tinggi.
.
3. Ramai yang bertanya kenapa minyak zaitun Olivie ada 30x?
Sebabnya, kawasan pokok zaitun itu di tanam. Keadaan tanah yang gersang, cuaca panas yang melampau dan sistem pengairan yang minimum serta tiada baja. Pokok zaitun juga tumbuh segar tanpa menggunakan racun serangga. Ini seterusnya menggalakkan tahap kemandirian spesis pokok zaitun menjadi sangat tinggi. Selepas dibuat pelbagai kajian terbukti minyak zaitun ini selain organic, ianya mengandungi 30 kali ganda manfaat antioksida ‘Hydroxtyrosol’ dan Oleocanthal, compare dengan minyak zaitun yang lain.
.
Khasiat Olivie Plus 30x

Terlalu banyak khasiat dalam Oilvie 30x ini. Khasiat ini boleh dipecahkan mengikut masalah seseorang. Di bawah sebahagian khasiat yang nak dikongsikan kali ni :

1. Merawat Eczema & Penyakit Kulit

Ramai dikalangan anak-anak kita sering menghadapi masalah penyakit kulit ini terutama eczema.
Ada yang mengatakan eczema tidak boleh dikawal. Masalah eczema akan terus terjadi, jadi lagi dan lagi. Tak boleh terkena panas, habuk, silap makan dan macam-macam lagi. Rata-rata, semua ibu ada menghadapi masalah macam ni. Macam-macam ubat sapu digunakan, macam-macam sabun mandi khas dibeli. Masalah eczema masih ada lagi. Dan yang paling merisaukan, ada ubat sapuan yang tinggi bahan kimia sekiranya kerap digunakan boleh menyebabkan penyakit lain. Antaranya kegagalan buah pinggang.

Minyak zaitun Olivie 30x mempunyai kandungan Vitamin E yang tinggi. Vitamin E ini sangat bagus untuk masalah eczema atau pun kulit yang ‘extremely dry’. Sifat minyak zaitun yang mudah serap ke dalam kulit akan masuk terus ke lapisan epidermis untuk pastikan kulit lembab dan melembutkan kulit. Olivie 30x juga kaya dengan polyphenols dan pelbagai antioxidants:

● Flavonoids
● Catechins.

Kombinasi semua element tersebut sangat bagus untuk kulit bukan sahaja untuk eczema malah bagus untuk sakit kulit lain seperti kudis dan kurap. Dr Zubaidi Ahmad di facebook juga mencadangkan penggunaan minyak zaitun bagi mengelakkan kulit menjadi kering.
.
2. Ejen Anti Penuaan

Olivie 30x mempunyai Squalene yang sangat bagus sebagai ejen anti penuaan. Squalene juga digunakan di dalam industri kecantikan sebagai salah satu bahan dalam produk kecantikan.
Olivie 30x juga mempunyai 30 kali ganda hydroxytyrosol bagi mencantikkan kulit. Banyak testimoni produk Olivie ini menyatakan kulit menjadi cantik, gebu dan flawless. Bagi anda yang nak cantik tu boleh amalkan Olivie Plus 30x ini. Apatah lagi jika ditambah dengan Jus Delima Olive House.
.
3. Membakar Lemak Jahat Secara Semulajadi

Minyak zaitun memang sangat bagus untuk membakar lemak-lemak viseral, terutama lemak yang berada di saluran darah dan organ dalam badan, untuk mengurangkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular. Apa pulak penyakit kardiovaskular ni ye. Contoh penyakit kardiovaskular seperti;

Kencing manis
● Darah tinggi
● dan serangan jantung.

Yang dah hadapi penyakit ini diharapkan terus berusaha untuk merawat sampai sembuh. Bagi yang sihat tu boleh ambil langkah-langkah pencegahan awal bagi mengelakkan penyakit ini menghantui hidup kita. Pepatah ada mengatakan ‘Mencegah Itu Lebih Baik Daripada Merawat’ Yang paling best bila lemak visceral terbakar, perut gendut boleh jadi flat, inshaAllah. siapa tak nak kan, dapat ‘inch loss’ dan sihat.
.
4. Menurunkan Kadar Kolestrol Jahat

Kandungan sebatian di dalam Olivie 30x membantu mengurangkan kolestrol jahat. Kolestrol jahat ini atau dikenali Kolestrol LDL tidak bagus untuk kesihatan.
Dalam masa yang sama Olivie 30x ini dapat menghalang pengurangan kolesterol baik HDL dalam badan kita.
Apabila kolestrol jahat tidak terkawal, lemak dalam saluran darah akan bertambah dan saluran darah menjadi sempit, dan ini boleh menyebabkan serangan jantung.
.
5. Melancarkan Peredaran Darah

Kandungan polifenol dalam Olivie 30x, sangat penting bagi membantu melindungi sel-sel dalam badan daripada kerosakan aksodatif untuk manfaat-manfaat berikut :
● Mengelakkan saluran darah tersumbat di bahagian jantung yang mengakibatkan serangan jantung.
● Memberi perlindungan kepada sel otak bagi melawan penyakit Alzheimer dan Parkinson.
● Mengelakkan saluran darah di dalam otak tersumbat yang mengakibatkan penyakit strok.
.
6. Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Kandungan Omega 6 yang tinggi dalam Olivie 30x membantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan menurunkan kadar gula dalam darah. Penyakit darah tinggi sudah menjadi penyakit yang biasa bagi kebanyakkan orang.
Oleh itu Olivie 30x membantu mengawal dan yang paling bagus ianya membantu mencegah daripada penyakit ini.
.
7. Membantu Memulihkan Sel

Badan kita terdedah dengan pelbagai ‘radikal bebas’ seperti;
● Pencemaran
● Ultraviolet-rays
● Radiasi daripada industri
● dan pelbagai pencemaran lain.

Radikal bebas ini juga boleh disebabkan oleh diet harian kita yang tidak sihat. Radikal bebas ini akan merosakkan sel-sel dalam badan disebabkan tindakbalas kimia. Ia juga akan mempercepatkan proses penuaan. Solusi kepada masalah ini adalah ‘antioksidan’. Olivie Plus 30x mengandungi 30 kali ganda hydroxytyrosol berbanding minyak zaitun extra virgin yang lain. Hydroxytyrosol merupakan antioksidan yang paling mudah diserap oleh badan dan ianya hanya terdapat di dalam minyak zaitun. Superb kan..
😱
.
8. Membantu Merawat Kanser

Olivie Plus 30x mempunyai sebatian hydroxytyrosol dan polifenol yang merupakan ejen pelindung kanser yang sangat efektif untuk merawat dan merencat pembiakan sel kanser.

Di bawah adalah kata-kata daripada doktor pakar kanser.
“Saya telah rasa minyak keemasan ini, ia sesuai dengan menu keluarga dan rakan-rakan. Saya akan berikannya tanpa sebarang preskripsi secara meluas dan tanpa henti melalui kerjaya saya sebagai seorang pakar kanser.”
-Prof. Henri Joyeux
● Pakar bedah kanser
● Pakar di International Nutrition Prevention
● Faculty of Medicine of Montpellier.
.
.
Manfaat Omega 3,6 dan 9
Selain khasiat di atas, Olivie 30x juga kaya dengan Omega 3,6 dan 9 yang penting untuk manfaat tubuh manusia . Antara khasiat Omega dalam Olivie 30x :
● Membantu penyerapan vitamin
● Menjaga kesihatan tubuh
● Mengurangkan risiko penyakit arthritis
● Mengurangkan tekanan
● Bagus untuk perkembangan otak.
Kesimpulannya;
Memang terdapat banyak sangat khasiat dalam minyak zaitun. Dan segala khasiat-khasiat ini semakin berganda dalam Olivie 30x. Ianya bukan sahaja sesuai dimakan terus malah sangat bagus untuk disapu pada kulit.
Saya sendiri amalkan minyak zaitun Olivie 30x ini. Bagaimana pula dengan anda?!
Cubalah sebotol hari ini.
Olivie Plus 30x Extra Virgin Olive Oil
RM119.90

untuk pembelian minyak zaitun olive house layari website rasmi kedai online organik: https://wasep.me/koo

Khasiat Minyak Zaitun Asli Olivie Plus 30x*

Memetik kata kata seorang Pakar Nutrisi Kebangsaan Antarabangsa, Pakar Bedah Kanser, Hospital Universiti Montpellier, Perancis – Profesor Henri Joyeux “Saya akan menggunakan Olivie Plus 30x secara meluas tanpa preskripsi, lebih-lebih lagi dalam bidang oncologist saya”

Apa yang terkandung sebagai khasiat minyak zaitun asli ini?

*Pertama #1 ialah Anti kolesterol*

Keputusan positif dari pakar perubatan (kajian perubatan selepas pengambilan selama 2 bulan) menunjukkan:
Pengurangan kolesterol sebanyak 20% dari 2.75g/L kepada 2.27g/L
Pengurangan kandungan triglicerida sebanyak 30% dari 2.78g/L kepada 1.98g/L

Kedua #2 ialah Melawan hiperglikemia dan pencegahan komplikasi diabetis*

Selepas 2 bulan, kandungan glukosa didala plasma tikus-tikus diebetes yang dirawat dengan Hydroxytyrosol telah menurun kepada 55% berbanding tikus-tikus diebetes yang belum dirawat.

*Khasiat Ketiga #3 ialah Anti Penuaan*

Meningkatkan biogenesis mitokondria (penuaan awal dikaitkan dengan mutasi mitokondria)
Menggalakkan ekspresi protein-protein yang berkaitan dengan sel kardiak jantung (PBEF, SIRTs, FOXOs)
Melambatkan penuaan sel-sel dan tisu dalam tubuh

*Khasiat Keempat #4 Melawan Penyakit Alzheimer*

Hydroxytyrosol adalah molekul antioksida yang paling kecil dari segi saiz dan berat dan satu-satunya molekul yang mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak. Ia mampu untuk memeri perlindungan yang baik kepada sel otak bagi melawan kesan-kesan Alzheimer dan Parkinson.
Perencatan pada hiperfosforilasi protein Tau (kesan daripada kemerosotan sel-sel otak)
Khasiat Minyak Zaitun

*Asli Kelima #5 Merawat Psoriasis*

Dengan pengambilan minyak zaitun asli Olivie Plus 30x, keputusan positif bagi 5 orang pesakit dimana hilang rasa gatal, sclerosis menurun dan kulit semakin lembut.
Kajian klinikal dilakukan keatas 40 orang pesakit.
Dos ialah 2 sudu makan setiap hari diikuti dengan kegunaan luaran (2-3 kali sehari)

*Khasiat Keenam #6 Anti Mikrobial*

Olivie Plus 30x bertindak sebagai anti bakteria terhadap sistem pernafasan dan sistem pencernaan (terhadap Haemophilus Influenza, Moraxella catarrhalis, Salmonella typhi, Vibrio parahaemolyticus, Staphylococcus aureus)

*Khasiat Ketujuh #7 Merawat Sembelit*

Minyak zaitun asli Olivie Plus 30x bertindak sebagai pelawas semulajadi dengan pengambilan 2 sudu makan sebelum sarapan ketika perut kosong bagi memudahkan proses perserakan didalam usus.
Rujukan saintifik mengenai Olivie Plus 30 boleh didapati didalam buku Olive Oil Anti Oxydants, a treasure for your health!



23 Kebaikan dan Khasiat Buah Delima
Buah delima merupakan salah satu buah yang sangat terkenal dengan kandungan nutrisinya di seluruh dunia. Buah tersebut berasal dari India Utara, Pakistan, Iran dan Afghanistan. Selain itu, buah ini juga boleh didapati di Malaysia, Asia Selatan, California, Afrika dan lain-lain.
Buah ini berwarna oren kekuningan, merah ataupun ungu. Isinya pula berwarna merah jambu dan mempunyai biji yang kecil. Rasanya manis berjus.
Buah delima juga popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan yang sangat baik untuk badan. Perkara ini telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu!
Dalam entri ini, anda akan disajikan dengan:
7 Fakta Nutrisi Buah Delima
4 Kebaikan dan Khasiat Buah Delima (dari pelbagai sudut)
3 Kajian Kes Ke Atas Khasiat Buah Delima
4 Peringatan Tentang Pengamalan Buah Delima
Kesimpulan
7 Fakta Nutrisi Buah Delima
Berikut adalah beberapa senarai nutrisi yang terdapat dalam buah delima:
1. Buah delima sangat baik kepada kesihatan kerana ia mempunyai kandungan anti oksida yang lebih tinggi daripada beri asai (acai berry) ataupun teh hijau.

2. Buah delima mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi, dalam 100ml mengadungi 16 peratus kadar keperluan harian seseorang.

3. Selain itu, buah delima juga mempunyai kadar Vitamin K yang tinggi, dimana boleh membantu kesihatan tulang.

4.Tambahan lagi, buah delima mengandungi Vitamin B yang mana boleh membantu badan memproses protein, karbohidrat dan lemak.

5. Buah delima mengandungi manganese untuk membantu perbentukan struktur tulang semasa proses metabolik dan potasium yang boleh mengkalkan fungsi selular dan mengawal kadar bendalir dalam badan.

6. Buah ini juga mengandungi kadar fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi. Manakala, kandungan lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat sedikit.

7. Buah ini hanya mempunyai 130-150 kalori, yang mana 105 kalori tersebut daripada biji (kita kebiasaannya tak makan biji tersebut).
Biji tersebut mempunyai kadar kalori sedemikian kerana mengadungi minyak tidak tepu, gula dan karbohidrat. Pada masa yang sama, biji tersebut mengandungi serat dan protein.

5 Kebaikan dan Khasiat Buah Delima untuk kulit
Buah delima sudah digunakan dalam bidang perubatan di Timur Tengah sejak dahulu lagi. Pada masa itu, ia digunakan sebagai tonik untuk menyembuhkan penyakit ringan seperti ulser dan cirit-birit.
Jus buah delima mengandungi anti oksida seperti anthocyanin dan asid ellagik, gallic acids, dan flavanoids seperti quercetin yang mana boleh melindungi anda daripada kencing manis (diabetes), sakit jantung, osteoarthritis dan beberapa jenis kanser yang lain.
1. Khasiat Dari Sudut Kecantikan
Pengembalikan Sel. Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.
Minyak dalam biji buah delima juga memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit. Ha ini kerana bijinya juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi.
2. Melindungi Daripada Cahaya Matahari. Buah delima dapat melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang masalah kulit disebabkan terlalu kerap terdedah dengan cahaya matahari. Tambahan lagi, ia boleh melindungi kulit daripada radikal bebas matahari, yang boleb menyebabkan kanser. Minyak dalam buah delima mempunyai anti oksida yang boleh membantut perbentukan tumor dan barah kulit.
3. Lambatkan Proses Penuaan. Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.
Mengekalkan Awet Muda. Buah delima mempunyai kandungan yang boleb melembutkan kulit dan wajah. Pada masa yang sama menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.
4. Memulihkan Kulit Yang Kering. Buah delima ada kalanya dimuatkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisam kulit dan memberikan kelembapan tambahan.
Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.
5. Merawat Muka Berminyak dan Berjerawat. Buah delima sangat berguna kepada kulit yang berminyak dan berjerawat juga. Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.
Buah Delima Sebagai Face Mask. Campurkan 1 sudu teh powdered green papaya, grape seed oil, dan grape seed extract dengan 2 sudu teh perahan delima. Kemudian sapukan pada muka. Biarkannya selama sejam dan bilas dengan air yang bersih.
Merawat Keguguran Rambut. Minum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.
2. Khasiat Dari Sudut Kesihatan Dalaman Badan
Menghilangkan Radikal Bebas.
Delima mengandungi kadar anti oksida yang tinggi seperti hydrolysable tannis dan polyphenols yang mana boleh mengurangkan kesan radikal bebas dalam badan.
Melindungi Kesihatan Jantung.
Delima membantu membuang plak pada saluran darah dan membuatkan arteri lebih fleksibel. Dengan ini, dapay mengurangkan masalah saluran darah. Pada masa mengurangkan risiko artherosclerosis, iaitu punca utama masalah jantung.
Dengan pengambilan jus buah delima boleh mengurangkan tahap kolestrol buruk (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL), yang mana boleb meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular (jantung).
Melawan Kanser.
Buah delima mengandungi anti oksida yang mana sangat efektif dalam melawan beberapa jenis kanser, termasuklah kanser payu dara, prostat dan kulit. Selain itu, anti oksida juga memainkan peranan untuk melawan sesetengah penyakit yang lain.
Bahan anti oksida akan menyebabkan perbentukan sel darah merah untuk menyahtoksinkan badan dan membentuk sistem daya tahan badan lebih baik.
Delima juga dipercayai boleh memberikan apoptosis, satu proses di mana sel itu akan memusnahkan diri sendiri. Pengambilan segelas jus delima setiap hari boleh membantut perbentukan sel kanser dalam kanser prostat. Tambahan lagi, ia juga boleh menghalang aromatase, satu enzim yang memainkan peranan yang penting dalam perbentukan kanser payu dara.
Membantu Sistem Penghadaman.
Delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.
Cara pengambilannya adalah dengan mencampur 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh perahan/jus buah delima ke dalam satu gelas.
Meningkatkan Selera Makan. Buah delima sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai selera makan. Ibu bapa digalakkan memberikan mereka minum segelas jus delima. Ini boleh membantu mereka untuk lebih berselera untuk makan.
Menyembuhkan Anemia. Anemia merupakan satu masalah kesihatan disebabkan oleh kekurangan sel darah merah dalam badan. Buah delima mempunyai kadar zat besi yang tinggi. Ini boleh meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah, dan lantas menyembuhkan penyakit anemia.
Mengurangkan Inflamasi.
Delima mengandungi Vitamin C yang mana merupakan satu bahan anti-inflamasi. Ini boleh membantu anda mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, batuk dan bersin.
Membantu Peredaran Darah.
Buah delima juga sering digunakan untuk melegakan masalah darah tersumbat dalam saluran darah. Perkara ini boleh disebabkan oleh sesorang itu tidak mengamalkan pemakanan yang baik dan mungkin juga kerana merokok.
Membantu Mengurangkan Berat Badan.
Kajian menunjukkan bahawa buah delima mempunyai khasiat semulajadi yang boleh mencuci badan dari dalam, detox dan membantu pembakaran lemak yang tidak digunakan. Oleh itu, buah delima sangat sesuai dijadikan satu makanan amalan setiap hari bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.
Mengawal Kadar Gula Dalam Darah.
Walaupun buah delima mengandungi fruktos, ia tidak meningkatkan kadar gula dalam darah sepertimana buah-buah yang lain. Kajian menunjukkan bahawa tiada peningkatan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis yang mengamalkan pemakanan/peminuman buah delima setiap hari selama 2 minggu.
Mengawal Tekanan Darah.
Buah delima juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Jus buah tersebut boleh mengurangkan inflamasi pada saluran darah bagi pesakit masalah jantung. Ia merupakan aspirin semula jadi, yang mana boleh mengelakkan perbentukan gumpalan darah.
Menghalang Perbentukan Plak.
Anda mungkin tidak percaya, namun jus buah delima boleh digunakan sebagai pembersih mulut, seperti mana yang dijual komersial di luar sana. Beberapa kandungan dalam buah tersebut mempunyai sifat anti plak yang tinggi.
Kajian menunjukkan bahawa buah delima boleh mengurangkan plak pada mulut (disebabkan oleh perbentukan organisma) sebanyak 84%.
3. Khasiat Tambahan Kepada Lelaki
Mengurangkan Risiko Mati Pucuk. Pemakanan dan peminuman buah delima secara berkala boleh mengurangkan risiko kanser prostat, mati pucuk ataupun atherosclerosis. Kandungan anti oksidanya yang tinggi boleh mengelakkan anda daripada risiko penyakit-penyakit tersebut.
Merawat Kanser Prostat. Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan buah delima boleh mengurangkan dan dalam beberapa kes boleh menyembuhkan pesakit kanser prostat.
4. Khasiat Tambahan Kepada Perempuan
Memberikan Kesihatan Ketika Mengandung. Buah delima mengandungi niacin, asid folik, potassium, kalsium, vitamin c, zat besi dan serat yang tinggi. Kandungan ini boleh mengekalkan tahap kesihatan wanita yang sedang mengandung dan perkembangan bayi.
Sifat buah delima yang anti inflamasi mengekalkan peredaran darah, sangat baik untuk perkembangan fetus bayi. Selain itu, buah delima mempunyai potassiun yang mana boleh mengelakkan kekejangan semasa mengandung. Pengambilan buah delima secara berkala oleh ibu yang mengansung boleh mengurangkan risiko kelahiran tak cukup bulan.
Pengambilan jus delima semasa mengandung boleh mengurangkan kekejangan dan masalah tidur yang biasanya dialami oleh wanita yang berbadan dua. Delima juga boleh meningkatkan kadar peredaran darah ke janin, yang mana boleh mengurangkan risiko kerosakan otak.
Mengurangkan Risiko Kanser Payu Dara. Kajian menunjukkan bahawa kandungan ellagitannins dalam buah delima boleh mengelakkan perkembangan sel kanser payu dara.
3 Kajian Kes Ke Atas Khasiat Buah Delima
Sekiranya anda tertanya-tanya, betul ke buah ini mempunyai banyak khasiat? Percayalah bahawa sudah melakukan kajian terhadap buah ini, bahkan sejak zaman dahulu lagi. Berikut adalah salah satu daripadanya.
1. Kanser Prostat
Satu kajian pada 2006 telah menemui bahawa meminum 227ml jus buah delima setiap hari boleh melambatkan perkembangan kanser prostat lelaki. Namun, walaupun kajian tersebut dilakukan dengan penuh teliti, terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dan meminta beberapa kajian tambahan untuk menyokong penemuan ini.
2. Arteri yang sempit (Carotid Artery Stenosis)
Satu kajian telah dilakukan pada 2004 tentang pesakit Carotid artery stenosis, mendapati bahawa pengambilan 50ml jus delima setiap hari selama 3 tahun boleh mengurangkan kesan buruk kolestrol kepada arteri sebanyak 50%, dan boleh menghalang perbentukan kolestrol dalam badan.
3. Masalah Jantung
Satu kajian telah dibuat pada 2005 ke atas 45 pesakit yang mempunyai masalah jantung. Mereka diberi minum 238ml jus delima selama 3 bulan dan hasilnya sangat memberansangkan. Peredaran darah mereka semakin baik dan risiko sakit jantung semakin berkurang.
Pati Delima Olive House RM52.90
Postage fee semenanjung malaysia Rm7
untuk pembelian pati delima olive house layari website rasmi kedai online organik: https://wasep.me/koo

SARI CUKA TEEN OLIVE HOUSE

Berbeza dengan cuka-cuka yang telah ditapis di pasaran, Sari Cuka Teen Olive House semulajadi dibuat daripada buah teen yang segar, diperah, ditanam secara organik dan buah Teen tesebut dibiarkan matang di dalam tong kayu bertujuan menggalakkan kualiti peragian semulajadi.
Apabila ia telah matang, ia mengandungi jaringan zat yang dipanggil ‘mother’ di mana menjadi jelas apabila cecair coklat pekat terdedah kepada cahaya.
Sari Cuka Teen Olive House dihasilkan secara organik di sebuah ladang buah teen di Aydin, Turki. Buah teen segar yang dipetik dari ladang diperah, dihancurkan selama 12 jam dan dibiarkan matang di dalam tong kayu bagi tujuan peragian semulajadi. Ia akan disimpan dalam jangkamasa 6 bulan hingga dua tahun dan sampel akan di uji di dalam makmal dari semasa ke semasa untuk memastikan kualiti cuka yang terbaik.
Apabila ia menjadi matang, jaringan zat yang memerangkap khasiat berikut:
1) MEMBANTU MENGAWAL DIABETES
Asid asetik di dalam cuka juga dapat mengawal paras gula dalam darah dengan mengelakkan pencernaan karbohidrat yang kompleks yang akan terjadi perut kosong akibat daripada gastrik atau peningkatan pengambilan glukosa dalam tisu tubuh badan.
Cuka juga membantutkan beberapa enzim pencernaan yang memecahkan karbohidrat dari makanan ke gula, sekali gus melambatkan penyerapan gula dari makanan ke dalam aliran darah. Dengan memperlahankan penyerapan gula, ia memberi insulin badan bertahan lebih masa untuk menarik gula keluar daripada darah dan dengan itu membantu mencegah paras gula darah dari meningkat.
Jadi salah satu matlamat utama dalam rawatan diabetes adalah menormalkan tahap gula dalam darah dan mengekalkan ia dalam julat yang sihat sebaik mungkin.
2) MENGELAKKAN GASTRIK DAN PEDIH ULU HATI
Asid asetik di dalam Sari Cuka Teen juga boleh menurunkan dan mengawal keasidan dalam perut yang sering mengakibatkan gastrik dan sakit pedih hulu hati.
3) PENURUNAN BERAT BADAN
Asid asetik di dalam juga merupakan komponen yang bertanggungjawab yang mengaktifkan gen yang menyebabkan tubuh badan menyimpan lemak bukan di tempat utama seperti di bahagian perut tetapi secara sekata di seluruh tubuh badan. Asid asetik juga mengaktifkan thermogenesis, suatu proses di mana tubuh badan akan membakar lemak untuk menghasilkan haba. Peningkatan pembakaran thermogenesis akan membakar lebih banyak kalori dan menurunkan lebih banyak berat badan akibat daripada pembakaran lemak.
Selain itu, Sari Cuka teen Olive House turut mengandungi:
Magnesium
• Manganese
• Kuprum
• Zink
• Fosforus
• Sodium
• Iron
-MANFAAT SARI CUKA TEEN OLIVE HOUSE
Antara manfaat ialah :
● Membantu mencegah berlakunya pembengkakkan pada badan seperti bisul
● Membantu membuang darah kotor dan melancar pengaliran darah
● Membantu mengatasi proses pencernaan makanan didalam perut
● Membantu melancarkan pergerakan usus
● Membantu masalah kerongkong, kahak dan batuk yang berpanjangan
● Membantu memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
● Membantu menurunkan tahap kolesterol
● Membantu mengimbangi tahap asid-alkali di dalam tubuh badan
● Membantu membakar kalori dengan cepat
● Membantu pembuangan toksin
● Membantu masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata dan telinga
● Penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
● Membantu masalah gastrik akibat asid berlebihan didalam perut
● Membantu membersihkan hempedu dari lemak yang membentuk batu
● Membantu mencegah keracunan akibat penggunaan ubatan yang pelbagai
● Membantu melancarkan pengeluaran susu ibu
● Membantu melancarkan perjalanan darah dan masalah gangguan haid
● Membantu memperbaiki fungsi limpa
● Membantu menghilangkan masalah dahaga dan mengurangkan panas badan.
-CADANGAN PENGGUNAAN / PENGAMALAN
Sari Cuka Teen tidak boleh diambil begitu sahaja kerana ia mengandungi kandungan asid yang tinggi yang boleh merosakkan gigi dan tisu sensitif di dalam mulut dan tekak.
Campurkan dua sudu Sari Cuka Teen ke dalam air kosong. Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum Sari Cuka Teen dua kali sehari
Tip: Campurkan satu (1) sudu cuka Teen atau lebih bersama air atau jus.
.
Moga bermanfaat 🤗
.
Sari Cuka Teen Olive House Rm44.90
untuk pembelian sari cuka teen olive house layari website rasmi kedai online organik: https://wasep.me/koo


KHASIAT MINYAK HABBATUS SAUDA YANG RAMAI TIDAK TAHU🤔
.
▶️Habbatus sauda membantu menguatkan kembali fungsi hempedu, buah pinggang, hati, jantung dan organ-organ lain dalam tubuh. Oleh itu, ia boleh membantu pesakit kencing manis, darah tinggi, gout, jantung dan sebagainya.
.
▶️Membersihkan perut, membuang angin, kahak dan pelbagai tindak balas berlaku semasa rawatan.
Namun, ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan dan selamat digunakan.
.
▶️Menguatkan sistem pertahanan tubuh badan. Kandungan yang lengkap dalam Habbatus Sauda menguatkan sistem pertahanan badan daripada serangan penyakit.
.
▶️Melancarkan peredaran darah dan membantu ke arah penyembuhan semula jadi.
.
▶️Minyak Habbatus Sauda membantu merawat kanser payudara dan kanser usus.
▶️Membekalkan sel-sel yang diperlukan untuk menambah keupayaan tubuh, menyingkirkan ketumbuhan yang mengakibatkan barah.
.
▶️Melancarkan pengeluaran susu bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu badan.
.
▶️Kandungan nigellon yang terdapat di dalamnya adalah baik dan paling berkesan untuk merawat masalah kesukaran bernafas, asma dan lelah.

untuk pembelian minyak habbatus sauda olive house layari website rasmi kedai online organik: https://wasep.me/koo

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan