Khamis, 30 September 2021

 KATA KATA SHEIKH ALI AL-TANTAWI RAHIMAHULLAH

Dulu aku menyangka aku tidak akan mampu menghadapi rasa perpisahan dengan ibuku walau satu hari, namun Allah telah mentakdirkan akan pemergian beliau.

Kini telah 50 tahun berlalu sejak pemergian beliau, adik beradik perempuanku yang aku sangka hubungan aku dengan mereka juga sangat rapat kesemuanya telah pon mempunyai keluarga sendiri dan terpisah dengan aku. Ya ia bukan perpisahan di hati, ia hanya perpisahan jarak namun ia tetap tidak sama seperti dulu.
Anak-anak perempuan aku sendiri yang aku sangka hubungan aku dengan mereka tidak mungkin dapat dipisahkan juga kini sudah besar dewasa dan telah berkeluarga sendiri. Mereka telah mempunyai keluarga yang lebih rapat dari keluarga asal mereka iaitu dengan aku.
Kebanyakan kawan-kawan juga telah pergi, sebahagian dari mereka yang belum pergi itu telah pon dimamah usia dan penyakit-penyakit bersamanya. Tidak lagi seperti dulu.
Hanya setelah aku fikir dan perhatikan dengan lama, barulah aku sedar akan hakikat sebenarnya bahawa satu-satunya hubungan yang tiada perpisahan dengannya hanyalah hubungan dengan Allah. Tidak kira di mana, pada apa keadaan sekalipun, pada mana-mana peringkat umur, Allah sahajalah yang akan ada sentiasa dengan kita.
Inilah hakikat yang kita biasa alpa dan lupa akannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan