Rabu, 15 Disember 2021

Kenali kolestrol : Fakta sebenar

 FAKTA BERKAITAN KOLESTEROL 


1. Seperti yang kita sedia maklum kolesterol merupakan satu keperluan dalam diet harian seseorang untuk beberapa fungsi tubuh walaupun ada yang mengatakan bahawa kita harus mengurangkan pengambilan lemak. Bolehkah Dr terangkan dengan lebih jelas apakah itu kolesterol? 


Kolesterol tinggi (hiperkolestrolemia) adalah penyebab utama beban penyakit dalam negara-negara maju dan negara-negara yang membangun. Ia menyebabkan 2.6 juta kematian di seluruh dunia. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2015, kadar bilangan warga Malaysia yang menghidap dislipidemia dan berumur 18 tahun dan ke atas adalah 47.7% (9.6 juta).


Jadi apakah sebenarnya kolestrol?


Dalam pemakanan kita, kita memerlukan makronutrien yang terdiri dari karbohidrat, lemak dan protein. Lemak boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu :


a. lemak sihat iaitu lemak tidak tepu, 

b. lemak yang tidak sihat iaitu lemak yang tepu 

c. lemak yang bahaya iaitu lemak-trans.


Jadi kita memerlukan lemak yang betul dalam pemakanan kita, dan tidak mengambilnya secara berlebihan. 


Oleh itu kita harus mengambil lemak sihat (lemak tidak tepu) dalam pemakanan kita seperti minyak zaitun, dan mengurangkan pengambilan lemak tidak sihat (minyak tepu) seperti daging merah, susu dan prosuk tenusu dalam kadar sedarhana dan tidak selalu. Kita perlukan mengelakkan pengambilan lemak berbahaya (lemak trans) seperti makanan yang bergoreng dan margerin. 


Dalam kumpulan lemak ini, terdapat pelbagai jenis asid lemak mengikut struktur molekul mereka. Salah satunya adalah kolestrol. 


Kolesterol adalah sebahagian dari asid lemak lemak yang penting untuk badan berfungsi dengan betul. Kolesterol biasanya dihasilkan di dalam hati, dan sebahagian kecilnya akan diserap melalui makanan yang kita makan. 


Kolesterol digunakan dalam penghasilan : 


1. Hormone seksual seperti testosterone, progesterone dan estrogen

2. Sebahagian dari lapisan sel (cell membrane)

3. Menghasilkan vitamin D dalam tubuh

4. Menghasilkan cecair hempedu bagi tujuan penghadaman lemak dalam usus kecil

5. Penyerapan vitamin A, D, E dan K 


Jadi tahap kolestrole menjadi tinggi apabila :


1. penyerapan kolestrole dari makanan yang tinggi

2. organ hati tidak menggunakan kolestrol bagi tujuan di atas.

3. organ hati menghasilkan kolestrole dengan lebih banyak atas sebab tertentu


2. Terdapat 3 jenis kolesterol yang terdiri dari kolesterol baik mahupun tidak. Jelaskan jenis-jenis kolesterol dan kesannya terhadap badan.


Pemeriksaan darah untuk profil lemak (lipid profile) akan memberikan kita gambaran terhadap tahan kolestrol dalam tubuh. 


1. Total Cholestrole (Jumlah kolestrol). Nilai baik  bawah 5.1 mmol/L


2. Triglyceride (Trigliserida) . Nilai baik bawah 2.3 mmol/L


3. Low Density Lipoprotein (LDL) juga dikenali sebagai kolestrol jahat.  Nilai baik bawah 3.3 mmol/L


4. High Density Lipoprotein (HDL) juga dikenali sebagai kolestrol baik. Nilai baiklebih 1.0 mmol/L


5. Ration Total cholestrole/HDL yang menunjukkan risiko seseorang pesakit mendapat serangan sakit jantung. Nilai ratio yang baik mestilah bernilai 2, namun semakin tinggi ia menunjukkan risiko mendapat serangan jantung semakin tinggi dalam masa 5 tahun.


LDL (kolestrol jahat) dan HDL (kolestrol baik) bukanlah kolestrol. Tetapi protein (lipoprotein) yang membawa kolestrol masuk dan keluar dari organ darah. Ia ibarat lori yang membawa muatan kolesterol. 


LDL berfungsi membawa keluar kolestrol ke saluran darah dari dalam organ hati. Jika LDL tinggi, bermakna lebih ‘lori’ yang membawa kolestrol yang dibawa keluar dari tempat penyimpanan (organ hati) ke dalam saluran darah. Ini bermakna tahap kolestrol akan menjadi tinggi.


Oleh kita tidak digakkan mengambil lemak tidak tepu dengan kadar terlalu banyak kerana ia akan meningkatkan tahap LDL dan Total Cholestrole. Antara makanan yang mengandungi lemak tepu adalah daging merah, minyak kelapa, santan, susu dan produk tenusu. Ambillah dalam kuantiti yang sederhana sesekali. 


HDL berfungsi membawa masuk kolestrole dari saluran darah ke dalam organ hati. Jika HDL tinggi, bermakna banyak ‘lori’ yang membawa lebih banyak kolestrol masuk ke dalam tempat penyimpanan (organ hati). Ini bermakna tahap kolestrol akan menjadi rendah.


Oleh itu kita digalakkan mengambil makanan yang mengandungi lemak tidak tepu (sama ada lemak tidak tepu mono atau lemak tidak tepu poli) untuk meningkatkan tahap HDL dalam darah. Antara makanan itu adalah minyak sawit,  minyak zaitun, kacang gajus dan kacang badam.


Sementara lemak-trans juga meningkatkan tahap LDL yang menggalakkan pengeluaran kolestrole dari organ hati dan ia juga menyebabkan keradangan (yang akhirnya menyebabkan mendakan kolestrol).  Antara makanan tersebut adalah :


1. Marjerin dan lemak sayur-sayuran yang diperbuat daripada lemak yang dihidrogenkan atau dipejalkan.


2. Makanan yang digorengkan dengan minyak tidak tepu kerana haba panas menukarkan struktur molekul lemak tidak tepu kepada lemak-trans. 


3. Makanan terproses seperti  makanan ringan yang dijual di pasaraya seperti kentang goreng, makanan segera yang mengandungi pengawet, pewarna dan perasa tiruan.


4. Makanan sejuk beku seperti nugget ayam bersalut, bebola makanan laut segera dan sosej segera.


5. Produk bakeri  seperti kek, donat, roti dan pastri.


Peningkatan kolesterol yang terlalu banyak boleh menyebabkan pemendakan pada saluran darah arteri, terutamanya pada saluran darah arteri koronori  (coronory artery). Pemendakan ini dinamakan artherosclerosis. 


Peningkatan tahap kolestrol sahaja tidak menyebabkan pemendakan ini. Pemendakan ini berlaku apabila terdapat factor sampingan iaitu :


1. Tahap gula yang tinggi (terutama pada pesakit diabetes)

2. Tekanan darah yang tinggi (terutama pada pesakit hipertensi)

3. Tahap nicotine dalam darah (terutama perokok)

4. Pengambilan lemak-trans dalam pemakanan

5. Mengalami masalah kepekatan darah yang tinggi 

6.  Faktor genetik (bagi pesakit yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami serangan sakit jantung dan stroke)


3. Pada pandangan Dr, bagaimanakah cara untuk seseorang individu menurunkan paras kolesterolnya yang tinggi? 


Menukar gaya hidup yang lebih sihat dapat menurunkan tahap kolestrol dalam darah dan ia sangat membantu dalam rawatan menggunakan ubat-ubatan sinteik anti-kolestrol.


1. Mengamalkan puasa sunat atau Diet Intermittent Fasting


Dengan mengurangkan kekerapan makan dengan berpuasa atau melakukan Diet Intermittent Fasting bukan saja dapat menurunkan berat badan, tetapi juga dapat menurunkan tahap kolestrol dengan lebih mudah.


2. Menukarkan cara pemakanan yang lebih sihat


a. Mengurangkan pengambilan lemak tepu, contohnya daging merah dan produk tenusu.

 

b. Menghentikan pengambilan lemak-trans, yang biasa banyak terdapat dalam produk makanan yang dilabelkan mengandungi “minyak sayuran semi-hydrogenated” seperti marjerin, dan yang kebanyakannya digunakan dalam industri makanan membuat biskut, crakers, kek dan cookies.


c. Memperbanyakan makanan yang mengandungi asid lemak omega-3 yang banyak terdapat dalam ikan dari laut bebas seperti ikan salmon, ikan kembung, ikan siakap etc. Ia juga banyak dalam kekacang seperti kacang badam, kacang walnut, kacang gajus etc


d. Memperbanyakkan minyak sihat tidak tepu, sama ada mono atau poli, yang banyak dalam minyak zaitun, avokado dan minyak sayur yang lain.


e. Memperbanyakkan makanan yang mengandungi fiber kerana ia melambatkan penyerapan kolestrol dalam usus kecil. Antaranya sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu oatmeal, kacang ginjal,buah epal, buah pir dan buah kurma. 


2. Melakukan aktiviti fizikal


Melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit setiap hari untuk lima hari dalam seminggu membantu mengurangkan tahap kolesterol. 


Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan :


a. melakukan aktiviti berjalan kaki 

b. menunggang basikal 

c. bermain permainan secara santai seperti badminton


Untuk kekal bersemangat, cari rakan yang dapat sama-sama menemani melakukan aktiviti fizikal.


3. Berhenti merokok


4. Minum air kosong secukupnya, sekurang-kurangnya 2.5L sehari


5. Tidur yang mencukupi sekuang-kurangnya 6-8 jam sehari


6. Mengambil cuka teen. Pengamalan cuka teen satu sudu dibancuh dalam segelas air kosong selepas makan dapat mengurangkan tahap kolestrol dan menstabilkan tahap gula.


Bagi pesakit hiperkolestrol yang mempunyai tahap kolestrol yang terlalu tinggi atau mempunyai penyakit lain seperti diabetes atau hipertensi, selalunya doctor akan memulakan ubat sintetik anti-kolestrol. Setiap ubat-ubat ini mempunyai kesan sampingan yang tersendiri, oleh itu ia harus mendapat preskripsi dari doktor. Jika mengalami sebarang kesan sampingan, berbincanglah dengan doctor yang merawat, berkemungkinan doctor akan mengurangkan dos atau menukarkan kepada ubat sintetik anti-kolesterol yang lain.


Sekian.

Kredit : Dr Zubaidi bin Hj Ahmad


#HealthDrZubaidi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan