Rabu, 11 Januari 2023

MASALAH PENYAKIT PSORIASIS KULIT

 Bagi penghidap penyakit Psoriasis kulit dari segi pengambilan Minyak Zaitun macam mana? Perlukah ditambah dengan supplement lain?


minyak zaitun


JAWAPAN DR HAFIZAH:

Untuk masalah psoriasis bahagian kepala,amalkan dua sudu besar Minyak Zaitun Ke seluruh bahagian kulit kepala dan badan setiap kali selepas mandi sebelum tidur.

Cuba elakkan gandum, gula putih dan susu tepung. Tukar syampu yang dipakai samada boleh guna syampu buatan sendiri atau boleh beli yang organik.

JAWAPAN DR SALMAN:

Penyakit kulit seperti psoriasis,ekzema,bisul akar rambut. Punca penyakit kulit adalah pelbagai dan biasanya diwarisi kerana ianya melibatkan sistem imun yang terganggu.Psoriasis biasanya menyebabkan kulit bersisik (hyperkeratosis) dan radang.Ekzema pula ialah reaksi alergi kepada bahan-bahan luaran yang menyebabkan kegatalan dan bengkak. Bisul akar rambut pula disebabkan penyumbatan akar peluh dan serangan kuman kepada peluh yang terperangkap.

Olive oil bertindak sebagai emollient yang melembapkan kulit serta membentuk lapisan pelindung dari sinar UV yang menjadi punca barah kulit.Ianya menghalang radikal bebas dari menyebabkan radang kulit, mengekalkan kolagen dan elastin menyebabkan kulit tegang seterusnya melambatkan proses penuaan. Fig vinegar dengan kemampuan antimikrobial membunuh kuman dan kulat yang boleh menyerang kulit. Ia juga memecahkan molekul peluh dan menghalang dari berkumpul pada akar rambut. Seterusnya Cuka Teen menstabilkan kadar asid alkali kulit yang menghalang penyakit kulit yang sedia ada merebak.

Cara penggunaan:Campurkan Cuka Teen+madu+tanah liat- sapu, balut dan biar sepanjang malam. Juga boleh direndam anggota badan yang terlibat di dalam Fig vinegar selama 5 minit.

Sumber: Olive House Medic & Business

Tiada ulasan:

Catat Ulasan